SEPETANG MEMBELI IKAN DI PASAR

SEPETANG MEMBELI IKAN DI PASAR

Pengemar makan ikan sememmangnya tidak dapat dipisahkan jika itu adalah makanan kegemaran, diibaratkan seperti aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Pengemar makan ikan selalunya akan terasasa sasau atau mual jika tidak dapat makan ikan. 

Sehubungan daripada itu, kebaikan membeli ikan di pasar sememangnya menyeronokkan kerana selain hanya membeli ikan, anda juga dapat menikmati barang - barang lain seperti sayur dan buah - buahan. 



Penulis ingin mengungkapkan beberapa perkara yang perlu di titikberatkan semasa sepetang membeli ikan di pasar, khususnya di pasar malam sinsuran. Walaupun kawasannya agak jauh namun kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan yang mudah serta selamat dan juga kawasannya yang bersih.

Dalam pada itu, bagi memantapkan proses masa dan keberkesanan (pengurusan strategik dalam diri) semasa membeli ikan khususnya semasa sepetang membeli ikan di pasar, anda haruslah menentukan dari awal perjalanan tentang jenis ikan apa yang anda idamkan dan ingin dibeli. Lantaran daripada itu, anda haruslah membuat tinjauan terlebih dahulu dari satu gerai ke satu gerai, bagi mencari jenis ikan idaman, dan dalam masa sama ada dapat mengetahui tingkat siling (harga) setiap ikan dari berbeza peniaga. Selain daripada itu, anda juga dapat melihat dan menilai ikan yang berkualiti. 

Lazimnya pemilihan ikan sangatlah penting dengan cara melihat insangnya serta menekan atau memicit badan ikan,  bagi memastikan ikan yang ingin dibeli masih segar atau sebaliknya. Secara umumnya, ikan yang busuk atau sudah lama, akan kelihatan pucat, badan ikan juga akan lembut dan sememangnya tidak menyelerakan lagi untuk di makan.



Sepetang membeli ikan di pasar khususnya pasar malam sinsuran, memberi kepuasan yang tinggi kerana  dipasar berkenaan terdapat banyak pilihan ikan seperti ikan putih, bawal, pari, senangin, krisik, merah, kurapo dan macam - macam lagi. Walaupun begitu, keberadaan ikan di pasar berkenaan juga adalah mengikut musim serta bergantung kepada kapal - kapal atau nelayan dari laut yang membawanya. 

Sepetang Di Pasar Malam Sinsuran

Justeru daripada itu, semoga tip yang diutarakan atau dikongsikan ini, memberi sedikit atau bayangan panduan kepada para pembaca khususnya semasa membeli ikan. dipasar. Jika maklumat ini membawa kebaikan kepada para pembaca, sila kongsikan kepada rakan - rakan yang lain agar mereka juga mendapat manfaat ilmu pengetahuan bersama. 








Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru