PERLU TAHU, KHASIAT HALIA

PERLU TAHU, KHASIAT HALIA

Halia merupakan salah satu tumbuhan herba yang tumbuh secara menjalar atau akarnya berserabut. Halia (Laeya sebutan bahasa dalam suku kaum bajau) dan (Layo sebutan bahasa dalam suku kaum kadazan dusun) di Sabah, umumnya tumbuhan ini banyak di tanam di kawasan bercuaca sederhana panas seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Negara Afrika.  Halia bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam makanan, malahan ia juga turun di jadikan bahan perubatan tradisional. Baunya yang menyelerakan jika dihidu mampu meningkatkan selera dalam masakan. 

Pekebun - pekebun kecil banyak mengusahakn tanaman halia, ekoran permintaannya yang sangat memberansangkan dalam pasaran.Ia sering di dagangkan oleh penia di pasar - pasar dan juga tamu harian atau mingguan. 

Proses menanam dan menuai tumbuhan halia bukanlah muda, ini kerana ia memerlukan kepakaran tersendiri agar ia membuahkan hasil yang lumayan. Umumnya halia akan di tuai sekitar empat ke lima bulan daan boleh dipasarkan. Cara menuai halia, haruslah menggunakan tombak, dengan menombak tanah di bahagian keliling tumbuhan berkenaan. Apabila halia dapat dikorek, ia akan dibersihkan dengan memotong setiap akar - akranya serta cebisan tanah yang melekat , selepas dimasukkan kedalam bakul. Halia akan dicuci agar kelihatan bersih sebelum didagangkan.

Lantaran daripada itu, berdasarkan kepada gemar makan tumbuhan ini dan pengetahuan daripada orang - orang lama, dikongsikan sedikit sebanyak khasiat tumbuhan ini yang mana ia mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan anggota badan. Mari kita lihat beberapa khasiat yang tersimpan dalam tumbuhan ini, antaranya;

  • MELEGAKAN SAKIT TEKAK
  • MERAWAT DAN MELEGAKAN SAKIT SELESEMA
  • MELEGAKAN DEMAM
  • MENGURANGKAN KERADANGAN BADAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT HAID (PEREMPUAN)
  • MELEGAKAN RASA LOYA
  • MENGUATKAN DAYA TAHAN / EMUNISASI BADAN
  • MERENDAHKAN PARAS KOLESTROL DALAM BADAN
  • MENGHANGATKAN SELERA MAKAN (RAMUAN MAKANAN)
  • MAMPU MENCEGAH PERTUMBUHAN SEL KANSER
  • MELEGAKAN BATUK DAN KAHAK
  • MEMBERI KEKUATAN TENAGA DALAMAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA
  • MEMBANTU PELANCARAN PENGHADAMAN MAKANAN DALAM BADAN
  • MENJADI ANTIBIOTIK PENUAAN 
  • MENURUNKAN BERAT BADAN
  • MENGURANGKAN SAKIT PERUT DAN MEMBANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
  • MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
  • MAMPU MENCEGAH KUMAN - KUMAN DALAM BADAN
  • MAMPU MERAWAT RASA  MUNTAH - MUNTAH
  • MELEGAKAN SAKIT - SAKIT OTOT

Tambahan daripada itu, mari kenali dengan lebih terperinci tentang tumbuhan ini. Menurut sumber hello Doktor, halia  atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Sewaktu zaman pemerintahan Dinasti China dahulu, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan pelbagai jenis kondisi kesihatan yang dialami individu ketika itu tidak kira ringan atau berat seperti loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.


Halia 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri