PUNCA ENJIN KERETA KANCIL TIDAK HIDUP

PUNCA ENJIN KERETA KANCIL TIDAK HIDUP

Kereta Perodua Kancil adalah kenderaan yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh Syarikat Perodua dengan kapasiti enjin 850cc dan 660cc. Saiz kereta ini sangat kecil, namun mampu memuat lima (5) orang penumpang termasuk pemandu. Model kereta produa kancil terbahagi kepada dua jenis iaitu, satu lampu segiempat dan satu lagi lampu berbentuk bulan. Keunikan kenderaan ini, dimana ia sangat mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil, sangat mudah untuk posisi parking dan dipandu. Kenderaan ini juga, boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan dan pilihan boleh di pilih samaada kondisi gear manual atau auto. 



Pandangan Sudut dalam Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual)


Sehubungan dengan itu, sememangnya kenderaan mesti ada rosaknya samada tidak enginnya tidak boleh dihidupkan dan lainnya. Penulis pernah memiliki kenderaan Perodua Kancil 660cc selama tujuh (7) tahun dan pernah berhadapan dengan pelbagai kerosakan. Walaupun sedemikian, ia boleh saja di atasi jika dapat dikenalpasti puncanya dengan baik. Mari kita pelajari sedikit sebanyak punca enjin Kereta Perodua Kancil apabila ianya tidak hidup;


  • BATERI
Bateri merupakan punca tenaga permulaan yang menyuntik enjin kereta untuk hidup. Sekiranya bateri kenderaan tidak dijaga (sama ada bateri basah atau kering) pasti akan rosak. Alkali atau timah didalam bateri, jika ia kering, ia tidak akan menghasilkan sumber tenaga kepada enjin kenderaan. Oleh yang demikian, anda haruslah sentiasa memeriksa kondisi bateri kenderaan anda setiap dua minggu sekali. Cek juga bahagian wayarnya yang disambungkan ke enjin agar tidak ada yang calar atau putus.

  • STARTER
Starter adalah amat penting kerana ia menyokong kepada enjin kereta untuk hidup apabila di start. Teknik manual boleh digunakan, dengan mengetuk - ketuk badan starter berkenaan sambil memulakan atau memusing picu kunci kepada kedidukan start. Pasrikan wayar starter bersambung dengan baik, agar bahan api dapat mengalir dengan lancar. 
Lazimnya untuk memeriksa, samaada starter masih dalam keadaan baiak atau rosak, sila cabut kepala bateri yang berwarna merah, semasa enjin kenderaan sedang hidup. Apabila enjin kenderaan masih stabil hidup, itu menandakan starter masih dalam keadaan ok, akan tetapi apabila enjin kereta mati semasa dihidupkan, ini bermakna starter enjin kereta anda itu, sudah rosak atau sudah beransur kepada rosak.

  • FIUS
Semestinya, setiap kenderaan mempunyai fius utama. Fius ini selalunya terletak di bahagian hadapan enjin atau di bawah stering kenderaan. Untuk kenderaan Peridua Kancil, fiusnya semua terletak di bahagian tepi di bawah stering. Umumnya setiap fius mempunyai fungsu masing - masing keatas enjin dan juga body kenderaan. Sila cek fius enjin samaada berada dalam keadaan baik atau tidak. Enjin tidak dapat dihidupkan sekinya fius enjin sudah rosak.

  • KARBURETOR

Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti pemotong rumput serta pada motosikal kecil.


Perkatan "karburetor" berasal daripada perkataan Perancis iaitu carbure yang bermaksud 'karbida' ataupun 'menggabungkan dengan karbon'. wikepedia


Bagi kenderaan Perodua Kancil, saiz karburetornya adalah kecil dan memerlukan keseimbangan angin agar dapat dihidupkan dengan mudah dan enjin kenderaan tidak bergegar. Lazimnya kenderaan Perodu Kancil akan sukar dihidupkan apabila aliran hos untuk angin tidak seimbang. Kebocoran udara menyebabkan kenderaan berkenaan tidak stabil. Oleh yang demikian, anda haruslah menyemak dan memastikan aliran hos (berwarna hitam) yang menyambungkan atau menghubungkan setiap enjin berada dalam keadaan baik. Sila ganti hos berkenaan jika ia sudah koyak dan longgar serta tidak boleh digunakan lagi. 




Pandangan hadapan, ruangan enjin Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual)



Ikuti artikal terkait yang bermanfaat, berikut;


👉  Cara Penjagaan Enjin Kereta Dengan Baik


👉  Punca Corak Tayar Kenderaan Terhakis




Lantaran daripada itu, sekiranya anda tidak mahir dalam mengendalikan atau memerika perkara - perkara asas enjin kenderaan khususnya Kereta Perodua Kancil, sepertimana yang dikongsikan di atas. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan kepada anda agar membawa kenderaan anda ke bengkel atau memanggil untuk mendapatkan khidmat kepakaran mekanik bergerak. 



Post a Comment

29 Comments

  1. Petang boss, kancil sy auto, sblm ni tombol gear dlm kedudukn P boleh start, skrg dh tk boleh start apa masalah tu ar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam tuan, kalau auto ni, pakai minyak, satu minyak enjin satu lagi minyak gear. Selalunya kalau kereta ni, cek bahagian starter, bateri, tempat start kunci, kalau salah satunya tidak berfungsi, itulah masalahnya. Tapi sebelum tu periksa dahulu fius box, manatau ada yg terbakar

      Delete
    2. Cuba check bahagian Dalam tempat tukar gear wiring Ada berubah atau Ada X ketat sebelum nie Ada X hantar mana2 pomen ?

      Delete
  2. Masalah Saya kancil tak boleh hidup. Start bunyi pun tak de. Bateri ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera, jika bateri tuan bateri baharu, berkemungkinan starter bermasalah, perlu di ganti. Saya syorkan tuan merujuk pada mekanik terdekat. Dalam pada itu, mungkin juga kepala bateri tidak mencengkam ketat.

      Delete
  3. Selamat tengah hari tuan, masalah kancil tak nak hidup, lampu semua bernyala, bila start ada bunyi, seolah2 bunyi betry low bett. Btry baru beli bulan lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam tuan, berkemungkinan masalah alternater starter,

      Delete
  4. Saya punye kancil dah tersadai 3 bulan tak guna sebab road tax mati. Bila nk start boleh tapi enjin tak nak hidup. Dah tukar bateri baru dan plug pun baru tapi still tak boleh hidup. Hanya boleh start aje. Apa masalah kereta saya boss ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam tuan. Mungkin masalah karburatornya yang mana aliran angin tidak setara

      Delete
  5. saya nak tanya kereta saya tiba tiba mati masa tengah jalan lepastu try start enjin kereta bunyi tapi api macam tak sampai.. boleh tau masalah apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau bateri masih ok, dab api x sampai, punyanya kebarangkalian spark / ignition coil /

      Delete
  6. salam tuan..kereta kancil api ada minyak naik tapi taknak hidup ape masalah dia..buat compres pon still ada tapi taknak hidup jugak..carberator dah tukar pon still sama

    ReplyDelete
  7. salam bang. maaf ganggu. nak tanya. kereta kancil 660 saya semalam bawa jalan2. nga jalan tu tiba2 power macam jatuh. lampu malap. power kete tiba2 drop. bateri alternator power time nga jalan drop jadi 8 7 6 camtu dari 13 12 11. bila berhenti dia naik balik jadi 11.9 je. tak lebih. kadang2 je naik 12 13. jalan balik drop balik. bateri pulak cek power dia jadi 12 camtu masa try jumper. kira masih ada power bateri tu. tapi try jumper takleh hidup macam sblom ni. starter ade bunyi lagi ketak2 macam tu. tu betul ke masalah alternator bang? nak kata fius alternator kancil poblem saya tak tau mana satu fuse alternator kancil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bro, berdasarkan pada kenyataan kamu tu, mcm bateri tu xbagus sudah, buang caj sudah, cuba try bateri baru. Kalau sudah tukar dan tidak boleh start, itu mungkin disebabkan alternator. Kalau boleh start, dan time kereta hidup, cuba tanggalkan kepala positif bateri, jika enjin masih hidup bermakna alternator tu masih bagus, dan sebaliknya.

      Delete
  8. salam bang, kancil saya enjin tak hidop walaupon baru tukau bateri. Bila nak start, belting berpusing tapi enjin tak pick up untuk start. adakah karburator yg problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumslam, betul tu, masalah karburatornya tu

      Delete
  9. salam bang. sy ada kancil 660 manual. engine tiba2 mati. start tak nak hidup. tapi bila off switch dan cuba start sekali sahaja terus hidup. mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau begitu, cuba cek starter atau kaburatornya. jika masih ok, mungkin wiring tidak cun

      Delete
  10. Salam bang,saya ada keta kancil660.,kalau enjin panas saya matikan,pastu nak hidupkan tak bole start pula,..bunyi kosong jer.bila sejuk enjin,hidup pula,,apa masalah yer..adakah masalah starter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan besar starter mau rosak sudah tu

      Delete
  11. Assalmualaikum bang....kereta kancil saya tak boleh start. Kuasa ada boleh crank.Dia tak boleh start jika bila kita turn ON kunci indicator bateri tak menyala. Jika indicator menyala kereta boleh start (indicator padam lepas start mcm biasa). Tolong bagi pandangan sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cek sambungan kepala bateri. kadang2 karen tu tidak sampai ke bateri

      Delete
  12. Kerta kancil 660 bila bawak mcm tersekat2 kenapa ia

    ReplyDelete
  13. Kebiasaanya kes begitu disebabkan oleh karburator. Atau cuba cek pum minyak bahagian dekat ekzoz, mungkin tersumbat dan perlu tukar tu

    ReplyDelete
  14. Sy ada kancil 660 manual. Sy cek ballast
    (Batu putih) dekat coil tiada api. Kenapa ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkemungkinan spark atau coil bersamalah, cuba ganti sparknya, tapi test dahulu satu-satu mesti ada salah satu lebih spark yg rosak. Jika semua berfungsi, mungkin masalah coil tidak berfungsi sudah. Jika tuan tiada kepakaran, ada baiknya boleh bawa ke kedai mekanik yang berhampiran

      Delete
  15. Masalah kancil sy susah start pagi mau tekan pedal minyak baru start lama2 sikit baru hidup..apa masalah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau kes begini timing karburator tu tidak seimbang. Ada baiknya tuan bawa ke bengkel berdekatan

      Delete

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri