Kesan Daripada Buli

Kesan Daripada Buli

Buli adalah satu perbuatan yang di lakukan secara sengaja atau tidak sengaja oleh seseorang yang mempunyai kuasa  atau pengaruh lebih dan berkema puan untuk memburukan serta menjatuhkan seseorang.


Kesan Daripada Buli



Terdapat banyak kesan yang timbul kepada mangsa buli dan adakalanya berpanjangan dari masa ke semasa. Antara kesan daripada dibuli, iaitu ;
  • Kemurungan
Mangsa buli akan kemurungan dan merasa takut untuk memghadapi sesuatu yang ada di hadapanya. Semangat yang lemah dan tidak berdaya akan kelihatan pada wajah dan tingkah lakunya.
  • Kemerosotan anggota fizikal badan
Seseorang yang mengalami buli akan kelihatan tidak bermaya dan anggota fizikalnya akan memyusut dari masa ke semasa. Semangat citara untuk menjamu selera makan akan berkurangan, apatalagi kepada kegiatan aktiviti luar.
  • Pretasi akademik menyusut
Kesan juga akan berlaku kepada pencapaian akademik atau kerja yang dilakukan. Tumpuan akan hilang kerana rasa gelisa dan takut. Markah akan mengurang dari sebelumnya, dan lama ke lamaan akan menyebabkan tidak berminat.
  • Tidak berminat kepada apa - apa kegiatan sosial
Ekoran daripada itu juga, mangsa buli cenderung untuk bersendiri dengan tidak berminat terhadap aktiviti atau kegiatan sosial di luar, samaada komlkurikulum atau sosial lainya.


Jenis - jenis buli
  • Buli secara langsung
Buli secara langsung selalunya hanya buli fizikal dianggap sebagai buli kerana perlakuan ini menyebabkan kecederaan nyata dan boleh dilihat. Walaupun buli fizikal sering berlaku di sekolah, perbuatan ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ejekan, serangan lisan dan fizikal dan juga pemusnahan harta benda orang lain merupakan beberapa contoh buli fizikal.
  • Buli secara tidak langsung
Buli tidak langsung boleh dikatakan jenis buli yang paling kritikal di antara semua jenis buli. Buli ini berlaku apabila seseorang atau sekumpulan orang cuba mengancam atau memusnahkan reputasi individu lain dengan menyebarkan khabar angin secara terbuka dan bergosip tentang anda di belakang anda. Pada ketika ini akan pembuli membuat jenaka yang menyakitkan, menghina dan menghindari anda. Ia biasanya berlaku dalam kalangan perempuan dan mungkin adalah punca utama kepada pembulian di antara gadis.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru