PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MEMBELI RUMAH

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MEMBELI RUMAH

Rumah merupakan tempat kediaman atau tempat berteduh daripada bencana alam. Dalam pada itu juga, rumah adalah tempat berehat setelah seharian melakukan kerja - kerja yang dilakukan. Tedapat pelbagai jenis rumah yang sering kita lihat seperti rumah kayu, rumah batu dan ada juga rumah yang diperbuat daripada zink atau tanah. Di samping itu juga, pemilikan rumah oleh seseorang adalah berbeza - beza mengikut tahap kemampuan dan keupayaan seseorang.


Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membeli rumah, bagi mengelakkan anda tersilap atau mendapat hasil yang tidak berkualiti, antaranya;

  • LOKASI
Pembelian rumah amatlah penting, namun perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan melihat lokasi atau kedudukan rumah berkenaan, adakah rumah tersebut terletak di tengah bandar atau di pinggir bandar. Untuk itu juga kedudukan rumah berkenaan samaada di kawasan tanah mendap, lereng bukit atau atas air. Faktor berkenaan perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan rumah yang ingin dibeli selamat untuk diduduki. Dalam pada itu juga, anda harus juga melihat jarak rumah yang ingin dibeli dengan tempat kerja anda.
  • KEMUDAHAN ASAS
Pemilikan sesebuah rumah haruslah mengambil kira kemudahan - kemudahan asas yang terdapat di kawasan rumah yang ingin dibeli, seperti jalan raya yang berturap, lampu jalan yang berfungsi dengan baik, surau atau masjid dan lain - lain lagi yeng memberi manfaat kepada keluarga atau penghuni di taman perumahan berkenaan.
  • SENIBINA RUMAH
Sebelum membeli rumah, anda haruslah melihat senibina rumah berkenaan dari segi keluasannya serta struktur binaannya. Perkara ini amat baik kerana anda dapat memastikan kekukuhan rumah berkenaan.
  • NILAI DAN TINGKAT SILING
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membeli rumah juga perlu diketahui dari segi nilai dan tingkat siling rumah berkenaan. Perkara ini bagi mengelakkan anda tertipu dari pelbagai sudut. Dalam pada itu juga, dengan mengetahui nilai dan tingkat siling rumah, ada dapat menilai dengan anggaran tepat khususnya perbandingan rumah yang ingin dibeli dengan tingkat siling rumah yang lain.




Lantaran daripada itu, bagi meningkatkan pengetahuan terhadap rumah, ikuti juga maklumat pada pautan yang disertakan 👉 inilah perkara yang perlu diketahui tentang rumah


Seandainya maklumat ini, memberi manfaat pada para pembaca, sila kongsiakan kepada teman - teman yang lain agar mereka juga mendapat manfaat ilmu pengetahuan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru