CARA MENINGKATKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN

CARA MENINGKATKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN

Seperti yang kita ketahui, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tidak ada yang lahir ke dunia terus menjadi mahir dan berbakat dalam semua perkara, jika tidak di didik atau mempelajarinya. Seseorang haruslah lebih proaktif dalam menguasai sesuatu perkara yang diminatinya, jangan biarkan diri anda dalam tempurung, tanpa bergerak ke hadapan.

Sehubungan dengan itu, terlintas di fikiran dan dikongsi bersama, cara meningkatkan bakat dan kemahiran agar diri lebih bermutu dan berkualiti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.  Pemikiran dan tindakan positif haruslah diterapkan dalam diri agar hasil yang dikeluarkan juga positif. 

Bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang (mental dan fizikal)


Pertama, anda haruslah meletakkan diri anda pada paksi yang seimbang atau positif, dimana melalui pergaulan sosial, anda haruslah mendekati orang - orang yang bersifat positif dari segi pemikiran, kejayaan dan tingkalaku. Ini kerana, secara tidak langsung, anda akan terikut atau terpengaruh dengan rentak atau norma kehidupan daripada orang yang anda dekati, sebagai contoh, jika anda berkawan dengan orang yang beriman, bersifat tanggungjawab, kejujuran, secara tidak langsung dan tanpa disedari anda akan mudah mengikuti retak kehidupan atau mencontohi orang yang anda dekati. Namun, begitulah juga sebaliknya jika anda mendekati orang - orang yang negatif. 

Perbanyakkan membaca buku - buku yang mengandungi atau bersifat motivasi yang membina diri serta semangat anda, seperti buku bertajuk pelonjak prestasi diri dan sebagainya. Secara umumnya, jika anda terapkan dengan ilmu pengetahuan dengan membaca, minda anda akan terbuka luas dan dapat menilai sesuatu perkara yang mana membawa kebaikan atau keburukan. Di samping itu juga, anda dapat meningkatkan bakat dan kemahiran anda jika mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai perkara. 

Belajar atau berguru juga merupakan salah satu cara meningkatkan bakat dan kemahiran diri. Cara ini amatlah terbaik kerana secara langsung anda akan mengetahui kesilapan yang dilakukan dan memperbaikinya atau diperbaiki oleh guru atau pembimbing anda. Dalam pada masa sama, cara bersemuka ini, anda boleh berkongsikan atau mengutarakan perkara - perkara yang sepatutnya, dan juga bertanyakan secara terus jika terdapat kemusykilan demi penambahbaikkan dan peningkatan bakat dan kemahiran diri. 

Bakat dan kemahiran yang menyeluruh (mental)

Latih tubih, perkara ini haruslah dilakukan sentiasa agar diri anda lebih cergas dan proaktif dalam bakat dan kemahiran diri, Setiap pagi atau sebelah petang adalah waktu yang sesuai untuk anda mengasah bakat dan kemahiran anda dalam apa juga perkara yang anda ceburi. Dalam pada itu, tidak dilupa juga agar sentiasa memanjatkan doa kepada yang maha esa, agar tindakan yang dilakukan sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkatannya. 


Justeru daripada itu, diharap perkongsian ilmu ini membantu sedikit sebanyak peningkatan ilmu pengetahuan dalam diri kita, jika maklumat ini sangat bermanfaat, sila kongsikan kepada rakan - rakan kita yang lain agar mereka juga bersama - sama kita mendapat manfaat kebaikan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru