PERKARA PENTING SEMASA MENEMUDUGA

PERKARA PENTING SEMASA MENEMUDUGA

Proses menemuduga seseorang calon atau pekerja baharu untuk keperluan sesuatu organisasi sememangnya merupakan salah satu perkara yang rumit, ini kerana sekiranya tindakan tersalah membuat pemilihan yang tepat, sudah pasti ia akan memberi kesan negatif kepada prestasi sesebuah organisasi berkenaan. 

Perancangan teliti, haruslah di lakukan bagi mengelakkan masalah terburu-buru yang mengundang padah. Pemantauan serta pencarian maklumat terperinci adalah amat penting bagi mengetahui ciri - ciri calon dan syarat - syarat yang perlu ditetapkan agar ianya  berseuaian dengan jawatan yang diperlukan. 

Sebelum melakukan temuduga, lazimnya sesebuah organisasi haruslah mengeluarkan iklan jawatan beserta dengan syarat - syarat yang ditetapkan. Iklan sebagusnya dihebahkan dua atau ke tiga minggu lebih awal bagi mendapatkan banyak calon - calon dan memudahkan proses penilaian serta tapisan. 

Sehubungan daripada itu, semasa menemuduga calon - calon perkara yang penting perlu diambil kira adalah meliputi pelbagai aspek. antaranya dua perkara yang terpenting ;

  • SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK CALON
Calon yang dipanggil temuduga dan dinilai haruslah memenuhi syarat - syarat permohonan iaitu bersesuaian dengan kelayakan jawatan, seperti ijazah sarjana muda, diploma, stpm, spm dan lain - lain dokumen sokongan yang menyokong calon untuk permohonan jawatan berkenaan.  Dalam pada masa sama proses menemuduga, selalunya panel akan meneliti dokumen - dokumen calon bagi mengenalpasti kesahihannya. 
  • PERSONALITI
Dalam proses menemuduga calon, aspek yang paling penting adalah penilaian personaliti calon, ia merangkumi aspek tabiat, penampilan, komunikasi (verbal dan nonverbal) dan sebagainya. Perkara ini amatlah penting, kerana penilaian personaliti merangkumi semua aspek yang mana membawa kebertanggungjawaban seseorang terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika tabiat seseorang bersifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai - nilai positif yang tinggi (amanah, jujur, berusaha) secara tidak langsung dia akan lebih cekap dan mengambil berat terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Dalam masa sama juga, dia akan sentiasa berusaha untuk mempelajari sesuatu perkara yang tidak diketahuinya agar dirinya sentiasa maju kehadapan. Calon seumpama ini, amatlah berharga, kerana ia boleh membantu untuk membangunkan sesebuah organisasi dengan berkesan.

contoh ; situasi menemuduga calon




Justeru daripada itu, semoga perkongsian yang padat ini memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam diri para pembaca. Dalam masa sama, sekiranya ia bermanfaat, sila kongsikan kepada rakan - rakan atau sahabat - sahabat yang lain agar mereka juga mendapat manfaat ilmu kebaikan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru