INILAH PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG RUMAH

INILAH PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG RUMAH

Setiap orang pastinya mengimpikan rumah kediaman yang selesa,  luas dan menarik. Rumah bukan sahaja tempat kediaman, malahan tempat untuk berlindung daripada keselamatan (jenayah), panas terik (cuaca matahari) dan juga bencana alam seperti hujan, ribut dan banjir. Komposisi rumah yang besar, luas dan selesa sudah pasti mampu memuatkan ramai sanak saudara. Hal ini bukan sahaja memeriahkan suasana rumah, malahan merapatkan lagi silaturrahim dikalangan keluarga.

Rumah atas air


Pada zaman dahulu, ramai masyarakat gemar mendirikan rumah di atas air, ini kerana pada mereka, rumah di atas air adalah amat mudah untuk mereka mengusahakan perusahaan laut (nelayan). Dalam pada itu juga, mendidirikan rumah di atas air, bukan sahaja mengamit suasana nyaman malahan sistem perhubungan (perahu) amat mudah di lakukan. Hasil perusahaan (ikan) mudah diperolehi dan di dagangkan kepada orang kedua , di pasar - pasar atau pun di jeti (pemborong). Pembinaan rumah di atas air, adakalanya dibina dengan menggunakan kayu kayan seperti bakau, bulian, seranti dan lain - lain lagi. Pemilihan dan penggunakan jenis kayu yang bermutu tinggi dan tahan khususnya kepada hakisan air laut adalah amat dititikberatkan, bagi mengelakkan kekukuhan rumah tahan lebih lama. 


Walaupun demikian, terdapat juga segelintir masyarakat yang mahukan rumah di atas tanah atau daratan. Pada mereka, perkara ini bukan sahaja memudahkan pergerakan dari satu daerah ke daerah lain, malahan dengan mendirikan rumah di atas tanah, mereka boleh mengusahakan kegiatan pertanian, seperti menanam koko, kelapa sawit, dan juga yang lainnya. Lazimnya jenis rumah yang di bina di daratan adalah berbeza bentuknya, adakalanya di bina dengan menggunakan kayu kayan ataupun batu bata. Dari aspek kos pula, penggunaan bahan / meterial batu bata adalah lebih mahal berbanding kayu kayan. Namun begitu pada zaman sekarang, terdapat juga jenis batu bata (blok) yang mana harganya jauh lebih murah dan kualiti tahan lama jika di bandingkan dengan penggunaan kayu kayan. Dari segi keselesaan, rumah yang diperbuat daripada kayu kayan sememangnya sejuk, walaupun tanpa menggunakan penghawa dingin, berbanding rumah yang diperbuat daripada batu bata.

Rumah atas tanah

Lazimnya di zaman teknologi ini, ramai pemaju - pemaju yang membina rumah dengan menggunakan struktur besi dan batu bata. Dengan menggunakan teknologi yang canggih, membuatkan tempoh masa untuk membina sesebuah rumah, dapat disiapkan dengan cepat. Rumah moden, berkonsepkan taman, memang popular pada masa kini, dan dijual kepada masyarakat dengan harga siling yang berpatutan. 

Justeru daripada itu, pembelian sesebuah rumah haruslah dengan mengambil kira beberapa aspek penting sebelum membuat sesi jual beli. Perkara - perkaranya adalah;

  • STRUKTUR KONKRIT RUMAH

Anda haruslah mengetahui konkrit rumah yang anda beli yang digunakan oleh pemaju rumah  berkenaan. Perkara ini amat penting, bagi mengetahui kekukuhan struktur rumah. 

  • LOKASI RUMAH

Lokasi rumah amat perlu diketahui, kerana bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada persekitaran jenayah. Kenalpasti, adakah lokasi berkenaan adalah, tanah timbus atau bekas payah ataupun lombong Perkara ini, perlu dititikberatkan bagi mengelakkan rumah berkenaan mendap, apatalagi jika ia tidak dipiling. 

  • JIRAN - JIRAN TETANGGA

Selain daripada itu, semasa anda membuat pembelian rumah, anda perlulah melihat dan mengetahui sedikit sebanyak tentang jiran - jiran tetangga anda. Sememangnya perkara itu amatlah sulit dan jarang dilakukan, namun dari aspek keselamatan dan keselesaan, ianya wajar juga di lakukan. Ini kerana bukan sahaja mengelakkan anda terdedah dengan jenayah (jika jiran - jiran majoriti dari negara luar atau berlatarbelakangkan jenayah), malahan mengeratkan silaturrahim kejiranan (jika dari kalangan yang baik - baik)

  • KEMUDAHAN PRASARANA

Pembelian rumah juga, perlu diteliti dengan baik, dan dalam masa sama mengambil kira aspek kemudahan - kemudahan asas yang ada atau terdapat disekitar rumah berkenaan, seperti surau atau masjid, taman permainan, balai raya dan lain - lain lagi. Jika terdapat kemudahan - kemudahan seperti ini, ianya bukan sahaja sangat baik, malahan ia dapat digunakan untuk aktiviti sosial dan seara tidak langsung boleh menyatukan komuniti di kalangan penduduknya berkenaan.

Ruman taman (teres)


Lantaran daripada itu, aspek pembinaan dan pemilihan rumah haruslah dititikberatkan dengan lebih terperinci, agar rumah yang dimiliki berkualiti dan memberi kepuasan penuh kepada anda. Selain itu, ia juga mengelakkan anda daripada rasa tertipu atau mengalami kerugian. Perkara - perkara sampingan yang lain juga perlu dipandang, walaupun tidak memberikan kesan yang terlampau, seperti, jarak kediaman (rumah) dari bandar atau tempat kerja, kesesakan lalulintas dan sebagainya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru