DIA PUN TIDAK PERCAYA, INILAH YANG TERJADI !

DIA PUN TIDAK PERCAYA, INILAH YANG TERJADI !

Bermain - main keriangan, tanpa memikirkan atau menghiraukan natijahnya, tidak di endahkan, yang penting bagi kami adalah keseronokan dan kegembiraan yang memuaskan. Asal pulang dari sekolah, motif utama adalah bermain, tidak kiralah waktu panas terik matahari ataupun tidak. Rakan - rakan dipanggil, bagi membincangkan apa permainan yang ingin di mainkan, bermain guli, bermain lompat getah, sorok - sorok, bermain bola, mandi sungai dan banyak lagi.



uniknya, inilah salah
satu permainan zaman kanak - kanak dahulu

Lazimnya permainan seperti itu, tidak lagi hangat di mainkan oleh kanak - kanak yang lahir di abad teknologi ini, mereka lebih gemar bermain secara syok sendiri menghadap handphone atau komputer seperti pubg, games bola dan banyak lagi. Arus pemodenan, mendorong kepada pengetahuan serta pemikiran yang maju kehadapan. Walaupun demikian, tahukah kita terdapat juga kesan negatifnya kepada anak - anak atau kekeluargaan dalam aspek silaturrahim keluarga, sekiranya ia tidak di jaga, dikawal, dibendung, dididik dengan sistematik. 


Walaupun kepenatan, kami tetap semangat dan lincah bermain, dalam masa sama suara kami kedengaran bertalu - talu kerana berlumba - lumba untuk menang dalam permainan yang kami mainkan. Pada yang kalah sudah pasti akan menerima habuan ejekkan dari yang menang. Itulah gelagat kami. Namun pun begitu, kami tetap sehati sejiwa, sekawan dan seakraf dalam apa - apa juga perkara yang kami lakukan. Ikatan silaturrahim tetap ada dalam hati dan fikiran kami, walaupun kami masih di usia kanak - kanak, bak kata pepatah, air yang di cincang tidak akan putus. Dalam pada itu, kami sering tidak melalaikan diri terhadap persekolahan, namun adakalanya cuai, kerana keseronokan bermain. Orang tua kamilah yang sering menjadi pembesar suara pada telinga kami untuk jangan hanya bermain, wajib belajar, membaca buku. Selepas pulang dari sekolah, tidur, selepas itu belajar dan barulah dibenarkan bermain. Tatkala kami tidak peduli, kami tetap mendahulukan keseronokan.   


Masih terpahat di ingatanku, ketika itu tahun 1989, masing - masing kami telah menamatkan persekolah sekolah rendah dengan mendapat segulung sijil (ujian penilaian menengah rendah). Alhamdulillah, walaupun leka bermain, namun dengan keputusan yang baik, saya dan dua sahabat saya yang lain, melanjutkan pengajian ke peringkat sekolah menengah dan ditempatkan di kelas nombor dua terbaik, yang seronoknya kami juga ditempatkan di sekolah yang sama. Manakala dua orang  sahabat saya, kassim dan rahmat ditempatkan di sekolah berlainan. Mungkin juga, penempatan pelajar - pelajar di sekolah pada ketika itu, mengikut keputusan upsr yang diperolehi. Dua orang sahabat perempuan juga masing - masing di asingkan sekolah mereka. Namun begitu, kami masih juga dapat berhubung, kerana sekolah kami berada di dalam daerah yang sama. Perhubungan memang terbatas, kami hanya menggunakan utusan surat, jika tidak pun terus berkunjung ke sekolah rakan secara kebetulan. Kalau tidak berjumpa, pesanan kepada rakannya akan kami tinggalkan, bak katanya (buat temujanji) yang mana kami akan datang pada hari lainnya.



Mandi manda di sungai, antara kegemaran kanak - kanak


Kami bertujuh, adalah antara rakan karib yang bertuah dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat sekolah menengah di bandar, berbanding kanak - kanak lain, dari kampung kami juga dan ada juga dari kampung bersebelahan, yang mana tidak dapat melanjutkan pengajian atas faktor kemampuan atau kewangan. Walaupun, kos pengajian pada ketika itu, dikatakan murah, namun sumber pendapatan juga sangatlah terhad. 

Sekolah di bandar memang mencabar, apatalagi bergaul dengan budak - budaknya yang lahir dengan pelbagai ragam, ada yang angkuh, ego, peramah, alim dan macam - macam lagi. Bagi yang bergaya, sudah pasti lahir dari kalangan keluarga yang berkemampuan. Saya dan akmal serta syarul, budak kampungan, kami tinggal di asrama kerana mudah untuk kami menumpuhkan pengajian, begitu juga kepada rakan - rakan saya yang lain. Maklumlah, kalau tinggal dirumah, berbatu - batu jauhnya. kapus - kapus mahu berlari, itupun kalau sempat, kalau tidak, alamatnya ponteng sekolah, hujung - hujung tindakan tatatertib....

Selain daripada, faktor jarak dan keselamatan, kami ditempatkan di asrama oleh orang tua, kerana, penjimatan kos. Tambahan juga kami rata - ratanya berasal dari keluarga miskin. Tinggal di asrama memang menyeronokkan, dapat berkenalan dengan rakan - rakan baharu, dapat makan percuma, boleh bermain bola, batminton dan sebagainya di padang sekolah, di waktu petang, dan juga dapat meningkatkan pengajian (akademik dan agama) dengan lebih mantap. 


Di peringkat sekolah menengah, lain pula susananya, guru - gurunya sangat tegas dalam mendidik pelajar - pelajar. Walaupun takut, namun kami tetap mematuhi peraturan dan setiap arahan yang di berikan. Ramai juga kelihatan gelagat - gelagat pelajar lain, yang dikatakan tubal atau nakal. Kami ingatkan kami lah yang nakal, rupanya ada lagi gaya - gaya lebih over berbanding kami. Walaupun pelajar berkenaan (rudy, bukan nama sebenar) berkali - kali di denda berdiri atas kerusi dan meja, di rotan, namun tingkah lakunya masih sedemikian. Terkadang saya terfikir, adakah memang begitu sifatnya atau ada faktor lain yang menyebabkan ianya begitu. Arrr... lupakan sahaja si rudy,,,. kami bertiga, menumpuhkan perhatian terhadap pelajaran di kelas. Kami suka kelas ini (geografi), salah satu sebab, adalah gurunya yang cantik (perempuan) dan tidak juga garang lah. 

Hari demi hari berlalu, tanpa disedari, sampailah kami menduduki peperiksaan sijil penilaian menengah. Saya , akmal dan syarul, aktif membuat perbincangan (study group), mengulangkaji pelajaran, masa bermain kami kurangkan, begitu juga rakan - rakan yang lain satu asrama dengan kami. Impian kami adalah untuk ke menara gading (universiti). Antara yang kami beri tumpuan, adalah matapelajaran bahasa english dan matematik (macam susahlah subjeknya hahaha). Walaupun dari kampung, kami tetap menyahut cabaran untuk berjaya. Manakala rakan - rakan kami di sekolah lain, juga masing - masing menumpuhkan pelajaran.

Hari yang dinanti telah pun tiba, debaran terasa untuk mendapatkan keputusan peperiksaan sijil penilaian menengah yang telah di umumkan, pelajar boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing - masing. Hahahaha.. apalagi, kami bertujuh bergegas ke bandar iaitu ke sekolah kami masing - masing untuk mendapatkan keputusan. Seawal pagi, kami sudah bersedia, memakai pakaian kemas - kemas, maklumlah menumpang. Perjalanan sejauh 4 jam dengan menaiki perahu dan diikuti pula dengan kenderaan (bas), sememangnya mendebarkan hati kami untuk mengetahui apakah keputusan yang kami perolehi. 

Setibanya di sekolah, saya, akmal dan syarul terus ke pejabat akademik untuk mendapatkan keputusan kami masing - masing. Waduuu, Alhamdulillah, syukur.... tanpa di sangka - sangka, dan tanpa disedari linangan air mata menitis di mata., Dalam masa sama, kami saling pandang memandang antara satu sma lain, terpinga - pinga. Hatiku tersentak, Apakah ini ujian dan cabaran, kuatkanlah semangat kami.... Apakah yang terjadi kepada kami? Apakah keputusan (akmal dan syarul). dan bagaimana pula rakan - rakan kami di sekolah lain. Apalah nasib kami bertujuh seterusnya,,....????,,,,,,, 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru