About

About

Assalamualaikum w.w. dan selamat sejahtera.


Yang di hormati tuan,/ puan,/ saudara./ saudari,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T serta junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang dimulaikan. 

Berkat doa serta usaha yang gigih dan dengan izinnya terbina laman blog  https://www.myilmupelita.com/. Tujuan laman blog ini adalah untuk pembangunan diri dengan  meningkatkan ilmu pengetahuan, serta berkongsikan maklumat yang membawa kebaikan dalam pelbagai aspek kepada para sahabat yang membaca. Bak kata pepatah "tuntutlah ilmu dari buaian", "nasihat menasihatilah serta berpesan - pesanlah kearah kebaikan".

Amalan membaca adalah mulia dan hal ini bertepatan dengan intipati dalam Surah AL-Alaq.

Surah 96 Al-'Alaq, Ayat 1-5

اِقۡرَاۡ بِاسۡمِ رَبِّكَ الَّذِىۡ خَلَقَ​ۚ‏ ﴿96:1﴾ خَلَقَ الۡاِنۡسَانَ مِنۡ عَلَقٍ​ۚ‏ ﴿96:2﴾ اِقۡرَاۡ وَرَبُّكَ الۡاَكۡرَمُۙ‏ ﴿96:3﴾ الَّذِىۡ عَلَّمَ بِالۡقَلَمِۙ‏ ﴿96:4﴾ عَلَّمَ الۡاِنۡسَانَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡؕ‏ ﴿96:5﴾



Ucapan selamat membaca dan terima kasih kepada para sahabat yang membaca laman blog ini, semoga intipati blog sedikit sebanyak melonjakkan diri para sabahat ke tahap berilmu dan bijak pandai.  

Lazimnya, blog ini mengandungi pelbagai maklumat yang merangkumi maklumat berita, ekonomi, pendidikan, sukan, hiburan, kesihatan, agama dan umum.

Myilmupelita amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan demi penambahbaikkan agar laman blog ini lebih bermanfaat serta memberi kesan positif kepada para sahabat yang pembaca.

Sebarang komen, kritikan, nasihat serta saranan yang diutarakan melalui emel atau ruangan komen akan diambil tindakan segera. Dalam pada itu juga, myilmupelita terlebih dahulu menghulur tangan dengan menyusun jari sepuluh sebagai tanda kemaafan dimohon, sekiranya terlambat memberi maklumbalas atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan, dan juga sekiranya laman blog ini terdapat kekurangan serta menyentu mana-mana pihak tanpa niat atau disengajakan.

Myilmupelita sentiasa berusaha dan berharap agar laman blog ini memberi manfaat kepada para sahabat yang membaca. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan diri dengan memperbanyakan aktiviti membaca serta berkongsi ilmu pengetahuan yang berkonsepkan kebaikan kepada para sahabat yang lain, agar kita bersama - sama menjadi insan yang berilmu dan bijaksana.

Akhir kalam di ucapkan selamat membaca di laman blog myilmupelita.com



Sekian dan terima kasih.


Yang Ikhlas,

myilmupelita.com


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Bapa 2024