Mohon Prasiswazah / Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Mohon Prasiswazah / Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Mohon Prasiswazah / Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) 


Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu universiti awam yang terkemuka dan sangat di minati ramai. Persekitaran UMS sangat indah kerana terletak di tebing bukit sambal dapat melihat pemandangan laut china selatan dan gunung Kinabalu. 

Selain itu, persekitaran kampus UMS juga dipenuhi oleh pokok-pokok serta bunga-bunga yang tumbuh menghijau. Kampus dalam taman ini, sering menjadi kunjungan para pelancong samaada dari dalam negara mahupun luar negara.

Program kendalian UMS terdiri dari peringkat Diploma, Prasiswazah, Pascasiswazah dan Doktor Falsafah (Phd). Mod pengajian yang ditawarkan adalah berbeza, ada sepenuh masa dan separuh masa. Setiap program yang ditawarkan di UMS dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkeparakan dalam bidang akademik dan industri.


sumber: mykampus.tv

Mohon
Prasiswazah / Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) 




Di UMS terdapat program Prasiswazah dan Pascasiswazah yang ditawarkan secara komersial dan diurus tadbir oleh Pejabat Pusat Luar UMS (PLUMS). Program ini boleh diikuti oleh golongan bekerja khususnya, kerana mod pembelajaranya dilaksanakan diluar waktu bekerja iaitu sebelah malam dan hujung minggu. Program ini sangatlah sesuai diikuti kerana ia tidak mengganggu waktu rutin harian bekerja. Terdapat perbagai program yang ditawarkan setiap semester kemasukan antaranya berikut:


Prasiswazah

  • Pengurusan Kewangan Dan Perbankan
  • Pemasaran
  • Ekonomi Sumber Manusia
  • Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi
  • Ekonomi Kewangan
  • Psikologi Industri & Organisasi
  • Psikologi Kaunseling
  • Pendidikan Dengan Sains
  • Pembelajaran awal kanak-kanak
  • Akuakultur
  • Sejarah
  • Komunikasi
  • Kejuruteraan perisian
  • Teknologi Multimedia
  • Komputer Perniagaan
  • Kejuruteraan Rangkaian
  • Sains Data
  • Sains Kitaran
  • Pemasaran Antarabangsa
  • kewangan Islam
  • Pengeluaran Ternakan
  • Pengeluaran Tanaman
  • Kewangan Antarabangsa
  • Kewangan Antarabangsa dan Luar Pesisir


Pascasiswazah

  • Pentadbiran perniagaan
  • Pengurusan Modal Insan
  • Ekonomi
  • Kerajaan Dan Hubungan Antarabangsa
  • Pembangunan perisian
  • Kecerdasan Pengkomputeran
  • Psikologi Kaunseling
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan jasmani dan kesihatan
  • Komputer Dalam Pendidikan
  • Pendidikan (Tesl)
  • Pendidikan (Kurikulum Dan Pengajaran)
  • Pengurusan Dalam Pendidikan
  • Keselamatan Dan Kualiti Makanan
  • Kejuruteraan Minyak Dan Gas
  • Kejuruteraan Awam
  • Doktor Kesihatan
  • Kesihatan Awam
  • Pengurusan Penjagaan Kesihatan 
  • Biologi Molekul

sumber: laman web plums.



Permohonan boleh dilakukan oleh calon dengan melihat terlebih dahulu iklan penawaran program serta syarat-syarat kemasukan program yang diinginkan dengan menekan pautan permohonan di bawah.

https://mohon.ums.edu.my/


Calon boleh menyemak status permohonan selepas ianya ditapis dan diproes oleh pihak Universiti. Semakan status permohonan boleh dilakukan dari masa ke semasa sehingga tarikh pendaftaran atau lapor diri dengan menekan pautan semakan dibawah:


Semakan Status Permohonan Program Prasiswazah


Semakan Status Permohonan Program Pascasiswazah



Maklumat lanjut tentang program ini boleh berhubung terus dengan pejabat Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) dengan melayari laman web pejabat berkenaan dan menghubungi nombor talian mereka.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri