Keburukan Mengikuti Laluan Kecemasan Jalan Raya

Keburukan Mengikuti Laluan Kecemasan Jalan Raya

Keburukan Mengikuti Laluan Kecemasan Jalan Raya.


Lazimnya diwaktu musim kesesakan jalan raya, terdapat segelintir para pemandu yang menggunakan laluan kecemasan iaitu laluan tepi semata - mata untuk menjimatkan perjalanan agar sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat.




Keburukan Mengikuti Laluan Kecemasan Jalan Raya




Tekan link berikut untuk artikal lain yang bermanfaat:


👉  Doa Pembuka Rezeki




Perbuatan atau sikap sedemikian boleh mengundang padah. Berikit adalah antara keburukan mengikut laluan kecemasan jalan raya, antaranya:

  • Menghalang kenderaan kecemasan yang bertugas.
Laluan kecemasan disediakan adalah untuk memudahkan kenderaan tertentu yang ditugaskan bagi tujuan kecemasan, seperti kenderaan Ambulan, Bomba, Polis dan lain - lain lagi. Sekiranya laluan berkenaan digunakan oleh pemandu yag tidak bertimbangrasa, secara langsung ia menghalang dan menjadi punca kepada kelewatan pihak berkeperluan untuk melaksanakan kerja - kerja mengikut ketetetapan masa yang di tetapkan.



  • Mengundang peningkatan kesesakan laluan jalan raya.
Pemandu yang gemar menggunakan laluan kecemasan boleh mengundang kepada kesesakan jalan raya. Hal ini terjadi disebabkan kenderaan akan bertembung di penghujung jalan untuk memasuki jalan raya utama.



  • Mendapat makian dan cemuan negatif daripada pengguna yang lain.
Pemandu yang menggunakan laluan kecemasan jalan raya boleh menimbulkan makian dan cemuan daripada pengguna jalan raya yang lain yang mengikuti laluan sebenar. Perasaan tidak puas hati akan timbul dalam diri dan jika berlakunya geseran kenderaan, secara tidak langsung boleh membawa kepada pergaduhan.



  • Mendapat kompaun saman daripada pihak berkuasa.
Memandu kenderaan di laluan kecemasan adalah salah satu kesalahan undang - undang jalan raya dan boleh di kenakan kompaun. Oleh itu, pemandu yang melalui laluan berkenaan berpotensi mendapat kompaun saman dari pihak berwajib. Tabiat berkenaan bukan sahaja mengundang padah pada orang lain, malahan juga kepada diri sendiri dan seterusnya boleh menjejaskan kepada pendapatan isi rumah. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru