Biodata Nabi Muhammad S.A.W.

Biodata Nabi Muhammad S.A.W.

Biodata Nabi Muhammad S.A.W.


Latar Belakang.

Muhammad bin Abdullah dilahirkan pada tanggal  12 RabiulAwal (kalender islam) bersamaan demgan (20 / 22 April 571). Baginda merupakan pemimpin agama, sosial, dan politik Arab serta pengasas agama Islam.

Baginda merupakan nabi dan rasul yang di dalam Islam. Lebih dikenali sebagai Muhammad (Arab/Jawi: محمد) atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah kepimpinan Islam.




Biodata Nabi Muhammad S.A.W.




Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.



Maklumat Kelahiran Diri.

Nama:
  • Muhammad bin Abdullah

Nama lain
  • Al-Amin, As-Sadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim

Tarikh Lahir:

  • 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 569m)

Asal:
  • Makkah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)

Meninggal dunia:
  • 8 Jun 632m
  • Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)

Sebab kematian:
  • Sakit (demam tinggi)

Dikebumikan:
  • Makam محمد كان آخر نبي di Masjidil Haram, Makkah


Pasangan hidup Nabi Muhammad S.A.W.
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Saudah binti Zam'ah
  • Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq
  • Hafsah binti Umar Al-Khattab
  • Zainab binti Khuzaimah
  • Zainab binti Jansyin
  • Juwairiah binti Al-Harith
  • Ramlah binti Abu Sufian
  • Hindun binti Abi Umaiyah
  • Raihanah binti Zaid
  • Safiyah binti Huyay
  • Maimunah binti Al-Harith
  • Maria al-Qibtiyyah

Ibu bapa:
  • Ayah : Abdullah bin Abdul Muttalib
  • Ibu : Āminah bt Wahab

Saudara:
  • Ahlul Bait




Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad S.A.W.
  • Al-Harith bin Abdul Muttalib
  • Muqaddam bin Abdul Muttalib
  • Zubair bin Abdul Muttalib
  • Hamzah bin Abdul Muttalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muttalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muttalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muttalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
  • Hijin bin Abdul Muttalib
  • Dhirar bin Abdul Muttalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muttalib
  • Safiyah binti Abdul Muttalib
  • 'Atikah binti Abdul Muttalib
  • Arwa binti Abdul Muttalib
  • Umaimah binti Abdul Muttalib
  • Barrah binti Abdul Muttalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
  • Hashim bin Abdu'Manan



Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad S.A.W.
  • Al-Harith bin Abdul Muttalib
  • Muqaddam bin Abdul Muttalib
  • Zubair bin Abdul Muttalib
  • Hamzah bin Abdul Muttalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muttalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muttalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muttalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
  • Hijin bin Abdul Muttalib
  • Dhirar bin Abdul Muttalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muttalib
  • Safiyah binti Abdul Muttalib
  • 'Atikah binti Abdul Muttalib
  • Arwa binti Abdul Muttalib
  • Umaimah binti Abdul Muttalib
  • Barrah binti Abdul Muttalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
  • Hashim bin Abdu'Manan





Sejarah Kehidupan Awal Nabi Muhammad S.A.W.

Dilahirkan di Kota Makkah, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). 


Baginda tergolong dalam puak Bani Hasyim, sebahagian daripada suku Quraisy, yang merupakan salah satu keluarga terkemuka Mekah. Tahun kelahiran Muhammad adalah bersamaan dengan Tahun Gajah, yang dinamakan sempena percubaan pemusnahan kota Mekah yang gagal pada tahun itu oleh Abrahah, raja Yaman, dimana tenteranya menggunakan gajah sebagai senjata. Beberapa sarjana abad ke-20 telah mencadangkan tahun yang berbeza, seperti 568 atau 569.

Bapa Muhammad, Abdullah, meninggal hampir enam bulan sebelum Muhammad dilahirkan. Sejurus selepas kelahiran, baginda dihantar untuk tinggal bersama keluarga Badwi di padang pasir, kerana kehidupan padang pasir dianggap lebih sihat untuk bayi. Muhammad tinggal bersama ibu angkatnya, Halimah binti Abi Dhuayb, dan suaminya sehingga dia berumur dua tahun. Pada usia enam tahun, Muhammad kehilangan ibu kandungnya Amina kerana sakit dan menjadi yatim piatu. Bagi dua tahun berikutnya sehingga dia berumur lapan tahun, Muhammad berada di bawah jagaan datuk sebelah bapanya Abd al-Muttalib, dari puak Bani Hasyim sehingga kematiannya. Dia kemudian berada di bawah jagaan bapa saudaranya Abu Talib, pemimpin baru Bani Hasyim.


Pada masa remajanya, Muhammad menemani bapa saudaranya dalam perjalanan perdagangan ke Syria untuk menimba pengalaman dalam perdagangan komersial. Ketika Muhammad berusia sama ada 9 atau 12 tahun semasa mengiringi kafilah orang Mekah ke Syria, mereka melewati seorang pendeta bernama Buhaira (turut dikenali dengan nama Bahira), yang merupakan seorang ahli kitab Injil. Buhaira dikatakan telah meramalkan kenabian Muhammad. Dia melihat dan merenung pada Muhammad lalu dia berkata kepada Abu Talib:


Lanjutan itu, sedikit yang diketahui tentang Muhammad semasa zaman mudanya kerana maklumat yang ada adalah berpecah-belah, menjadikannya sukar untuk memisahkan sejarah daripada legenda. Adalah diketahui bahawa baginda menjadi seorang pedagang dan "terlibat dalam perdagangan antara Lautan Hindi dan Laut Mediterranean." Disebabkan oleh akhlaknya, baginda mendapat gelaran "al-Amin" (Bahasa Arab: الامين), yang bermaksud "setia, amanah" dan "al-Sadiq" yang bermaksud "jujur" dan dicari sebagai penimbang tara yang tidak berat sebelah. 

Reputasinya menarik lamaran daripada Khadijah, seorang ahli perniagaan yang berjaya, pada tahun 595. Muhammad bersetuju untuk berkahwin dan perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan yang membahagiakan. Khadijah adalah wanita pertama yang dikahwini oleh Muhammad dan baginda tidak berkahwin dengan wanita lain sehingga Khadijah meninggal dunia.

Beberapa tahun kemudian, menurut riwayat yang dikumpul oleh ahli sejarah Ibn Ishaq, Muhammad terlibat dengan kisah tentang peletakkan Hajar Aswad di dinding Kaabah pada 605 masihi. Hajar Aswad, objek suci, telah dikeluarkan semasa pengubahsuaian Kaabah. Para pemimpin Mekah tidak dapat bersetuju dengan golongan mana yang harus mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya. Mereka memutuskan untuk meminta lelaki seterusnya yang datang melalui pintu untuk membuat keputusan itu; lelaki itu ialah Muhammad yang berusia 35 tahun. Peristiwa ini berlaku lima tahun sebelum wahyu pertama oleh Jibril kepadanya. Baginda meminta kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya. Pemimpin-pemimpin puak memegang sudut kain dan bersama-sama membawa Hajar Aswad ke tempat yang betul, kemudian Muhammad meletakkan batu itu. Tindakan tersebut telah memuaskan semua pihak.


Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS. Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. 

Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Kota Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.




Permulaan Berumahtangga.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Menurut rekod Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".









Sejarah Dakwah Nabi Muhammad S.A.W.

Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Kota Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. 

Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas محمد كان آخر نبي Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M).

Wahyu yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sampai kewafatannya membentuk ayat-ayat Al-Quran, dianggap oleh umat Islam sebagai kata-kata Tuhan yang tidak berubah, yang merupakan dasar bagi agama Islam. Selain Al-Quran, ajaran dan amalan Nabi Muhammad (sunnah), yang ditemui dalam hadis dan sirah (biografi), juga dipegang dan digunakan sebagai sumber hukum Islam (Syariat).





Cabaran - Cabaran Semasa Berdakwah

Semasa baginda berdakwah dengan menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.




Sejarah Hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi umat Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara masyarakat Islam Yathrib dengan Muhammad untuk memastikan mereka bersungguh-sungguh berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah ke kota mereka Yathrib. Muhammad akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke kota baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Kota Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah sangat bimbang dengan penghijrahan masyarakat Islam Makkah ke Yathrib kerana akan memberi impak serta peluang yang besar kepada orang Islam untuk mengembangkan lagi agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan masyarakat Islam dari Makkah berhijrah ke Yathrib kecuali Muhammad, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang lain, tetapi akhirnya mereka juga berhijrah. Masyarakat Mekah jahiliyah kemudian mengetahuinya dan memutuskan untuk memburu serta membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Muhammad akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Kota Rasulullah'.




Perkataan "محمد" di dalam Al-Quran
  • Surah Muhammad, ayat ke-2
  • Surah Ali Imran, ayat ke-144
  • Surah Al-Ahzab, ayat ke-40
  • Surah Al-Fath, ayat ke-29
Dalam Surah Al-Saf ayat ke-6, disebut "احمد" yang bermaksud Yang Terpuji = "محمد"

Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan Muhammad, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang lain seperti " يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ " ( Wahai Nabi ), "بَشِيرً" [ Pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], "شَاهِدً" ( Saksi ), "نَذِيرٌ" [ Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ( ingkar ) ) ], "مُذَكِّرٌ" ( Pemberi ingatan ), "نُورٌ" [ Cahaya ( kebenaran ) ], "خَاتَمَ النَّبِيِّينَ" ( Kesudahan Nabi-Nabi). Muhammad kadang-kadang dipangil dengan sebutan yang diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka Baginda di panggil "الْمُدَّثِّرُ","الْمُزَّمِّلُ" ( Yang berselimut ), dll.






Pesanan terakhir Nabi Muhammad S.A.W.
(Isi khutbah terakhir Muhammad)

Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:

Intipati.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu." wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru