Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh

Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh

IPOH: satu kejadian kapal terbang ringan bersaiz kecil telah terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin malam.

Kejadian yang berlaku itu, melibatkan dua mangsa. Kelihatan struktur kapal yang rosak teruk dengan posisinya menjunam.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.



Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh


Identiti dua mangsa berkenaan dikenal pasti, dan menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa yang maut adalah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala yang cedera adalah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62.

Katanya lagi, kedua-dua mereka yang masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur merupakan jurulatih penerbangan sebuah akademi penerbangan yang beroperasi berhampiran kawasan itu. Astroawani.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru