Manfaat Menghadiri Majlis Ilmu

Manfaat Menghadiri Majlis Ilmu

Majlis ilmu yang sentiasa di lakukan di Masjid atau surau atau di kawasan yang ditetapkan adalah satu perbuatan atau program yang baik dan banyak memberi manfaat khususnya kebaikan.

Lazimnya, berikut adalah antara beberapa kebaikan jika gemar menghadiri majlis ilmu, antaranya:



Manfaat Menghadiri Majlis Ilmu


Pertma.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan
Kekerapan atau kegemaran menghadiri majlis - majlis ilmu di Masjid atau Surau membantu keperibadian diri dengan peningkatan serta pertambahan ilmu pengetahuan khususnya agama di dalam dada dan minda. Selain itu, ilmu yang diperolehi dapat di terapkan dan di amalkan dalam kehidupan seharian. Dalam pada itu, ia juga membantu sebagai landasan kehidupan kearah yang lebih baik. Ilmu pengetahuan yang dikecapi, boleh di ajarkan pada keluarga dan rakan taulan.



Kedua.
  • Mengelak daripada perkara sia - sia
Menghadiri majlis - majlis ilmu, secara tidak langsung dapat mengelak serta menghindari daripada perkara - perkara sia - sia dan juga yang tercela. Di samping itu, majlis ilmu sentiasa menyajikan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai sudut dan aspek. Tabiat suka kepada majlis ilmu, bukan sahaja terhindar daripada gejalah negatif, malahan ia membantu dan mendorong seseorang untuk lebih mendekati agama khususnya.



Ketiga.
  • Mendapat ganjaran pahala
Memghadiri majlis ilmu secara tidak langsung mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain daripada tergolong dalam orang - orang yang baik, ia juga dapat memyatukan sesuatu ikatan keharmonian silaturrahim dengan lebih gembira. Ganjaran berlipat ganda pasti di rasai tanpa diduga.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu