Aktiviti Awal Pagi Kekal Sihat

Aktiviti Awal Pagi Kekal Sihat

Penjagaan kesihatan anggota badan adalah sangat penting, ia bukan sahaja meliputi luaran bah kan dalaman badan.

Walaupun terdapat banyak suplemen untuk meningkatkan kesihatan badan, namun melalui perlakuan atau cara semulajadi juga sangat penting dan berkesan.



Aktiviti Awal Pagi Kekal Sihat




Berikut adalah antara aktiviti waktu pagi kekal sihat, antaranya;

  • Sebelum bangun, gerak - gerakan otot badan terlebih dahulu
Sebelum bangun dari tidur ada baiknya gerak - gerakan dahulu otot - otot anggota badan, seperti mengiring berguling - guling agar aliran darah berjalan lancar

  • Bangun solat subuh
Solat seperti yang diketahui adalah wajib dilaksanakan. Ia juga merupakan kunci kesihatan rohani dalam diam. Bangun solat subuh boleh memberi kesihatan anggota fizikal badan kerana dengan solat kita akan melakukan rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud. Perbuatan sedemikian boleh menyebabkan anggota badan menjadi aktif.

  • Minum air suam
Sebelum sarapan, adalah sangat elok untuk meminum air suam terlebih dahulu bagi mencuci saluran usus badan agar ianya lebih lancar. Oleh itu, apabila menjamu selera sarapan, ia secara automatiknya mudah di hadam.


  • Lakukan senaman ringan 
Setelah selesai solat, maka lakukanlah senaman setempat seperti mengerakkan jari jemari, lutut, pinggang dan lainnya agar anggota badan serta urat - urat sentiasa berfungsi dengan sihat antara satu sama lain

  • Berdoa sentiasa
Sentiasa berdoa dengan meminta perkara kebaikan kepada maha pencipta sebelum mulakan kerja harian. Mohonlah agar diberikan kesihatan rohani dan jasmani yang baik, dipermudahkan urusan serta rezeki yang halal. Ketahuilah bahawa doa ini tidak kelihatan, namun ia adalah senjata paling umpuh dan pasti mendapat keberkatannya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru