Manfaat Penubuhan Hospital Universiti Malaysia Sabah

Manfaat Penubuhan Hospital Universiti Malaysia Sabah

Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang mana telah di rasmikan dan dipersetujui penubuhan dan pembinaannya pada 2 Mac 2018 oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sememangnya memberi banyak manfaat positif, bukan sahaja kepada pelajar, kakitangan Universiti, malahan juga kepada rakyat Sabah. HUMS juga ditubuhkan adalah sebagai smart teaching hospital.

Sehubungan daripada itu, berikut adalah antara beberapa kebaikan atau manfaat penubuhan Hospital Unviversiti Malaysia Sabah (HUMS) kepada semua pihak, iaitu;

  • Meningkatkan tahap pendidikan dan latihan perubatan kepada pelajar - pelajar agar menjadi pelajar yang berkebolehan dan mempunyai kepakaran
  • Meningkatkan eksesibiliti perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk masyarakat setempat 
  • Tenaga pengajar di Fakulti Perubatan Dan sains Kesihatan juga akan menjadi tenaga pengajar dan latihan di Hospital sendiri
contoh kemudahan dan peralatan hospital yang lengkap dan canggih



Selain daripada itu, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mampu menampung empat ratus (400) tempat tidur yang dilengkapi dengan teknologi dan kemudahan infastruktur canggih seperti rekod perubatan degital dan penyatuan antara peralatan perubatan, peralatan bukan perubatan, bilik darjah, bangunan dan dewan pemeriksaan pintar.


Dalam pada itu juga, perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah adalah merangkumi pelbagai, yang mana boleh dilayari dengan klik pautan sumber di bawah yang menjadi rujukan utama, sebagai perkongsian bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bersama.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru