Jom Masuk U 2023 (UMS)

Jom Masuk U 2023 (UMS)

Jom Masuk U 2023 (UMS)


Jom masuk universiti 2023 adalah salah satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Program berkenaan di jalankan di setiap negeri dan dilaksanakan oleh universiti awam yang di lantik.

Hari ini 27 dan 28 Mei 2023, Universiti Malaysia Sabah adalah tuan rumah untuk penganjuran aktiviti Jom Masuk U tahun 2023.. Hari ini ia dilaksanakan di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah. 





Jom Masuk U 2023 (UMS)




Ikuti artikal lain yang bermanfaat;

👉 Mohon Degree UMS







Sepanjang karnival, ia disertai oleh semua universiti awam seluruh negara antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UiA) dan lainya yang terlibat sama.

Program seumpama ini memberi manfaat yang baik kepada generasi baharu untuk mengetahui lebih dekat tentang maklumat berkenaan Universiti. Dalam pada itu, mereka juga dapat membuat penilaian dan pemilihan awal terhadap Universiti yang mereka ingin untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka ke peringkat menara gading.

Karnival pendidikan Jom Masuk U yang kini berlansung di Universiti Malaysia Sabah dihadiri oleh ramai para pengunjung dari pelajar - pelajar sekolah, golongan ibu bapa dan masyarakat ramai.



Jom Masuk U 2023 (UMS)






Lanjutan daripada itu, masyarakat di negeri di bawah bayu berpeluang membawa anak - anak untuk mengunjungi pameran pendidikan dari pelbagai Universiti awam yang kini berkampung di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia Sabah. Rebutlah peluang dan jom hadir beramai - ramai ke Pameran pendidikan Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaysia Sabah.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru