Bekerja Sambil Belajar Di UMS

Bekerja Sambil Belajar Di UMS

Belajar adalah satu tindakan baik dan sangat bertepatan dengan islam khususnya. Belajar boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai aspek.

Lazimnya, tingkat pembelajaran di negara ini adalah bermula dari pra persekolahan atau tadika hinggalah membawa ke peringkat tertinggi, menara gading di peringkat doktor falsafah.




Bekerja Sambil Belajar Di UMS




Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat, itulah antara kata - kata yang sering viral dan membawa semangat untuk meningkatkan pengajian di peringkat tertinggi.


Lanjutan daripada itu, bekerja sambil belajar khususnya di UMS adalah alternatif terbaik untuk menambah pengetahuan dalam pendidikan secara formal.


Zaman yang serbah canggih ini, dengan pelbagai kemudahan teknologi, bekerja, sambil belajar bukan lagi halangan untuk meningkatkan pendidikan di peringkat tertinggi, dalam program ijazah sarjana muda atau doktor falsafah.

Universiti Malaysia Sabah adalah salah satu di antara universiti awam yang menawarkan pembelajaran sepanjang hayat di peringkat Ijazah sarjana muda, Ijazah sarjana (secara kerja kursus/ mod campuran) dan doktor falsafah dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki kelayakan dari pelbagai segenap golongan samaada bekerja atau tidak bekerja.


Program - program yang ditawarkan di UMS bukan sahaja di iktiraf, malahan, kuliahnya dikendalikan secara fleksible (bersemuka) setiap hujung minggu / malam. Kaedah pembelajaran sedemikian sangat membantu para pelajar khususnya untuk mengatur masa bekerja dan belajar masing - masing dengan mudah atau berkesan.


Calon - calon yang berminat boleh melayari laman sesawang plums.ums.edu.my untuk mengetahui program yang ditawarkan di setiap intake kemasukan. 


Semak senarai program yang ditawarkan dan buat permohonan:





Kelebihan bekerja sambil belajar di UMS:
  • Dekat dan selamat untuk menimbah ilmu pengetahuan
  • Dapat menyusun masa bekerja dengan belajar dengan baik
  • Kawasan pembelajaran yang indah dan mempersona


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri