Mohon Degree UMS

Mohon Degree UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah salah satu universiti awam yang tidak asing lagi di negara ini. UMS bukan sahaja terkenal di peringkat kebangsaan, malahan ia juga di peringkat antarabangsa atau global. 

Persekitaran UMS sangat menarik dan sering menjadi tumpuan lawatan kepada para pelancog dalam dan luar negara. Kawasanya berkonsepkan dalam taman sangatlah selesa dan selamat dkunjungi, apatalagi untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. 




Mohon Degree UMS 





Ikuti artikal lain yang bermanfaat;















Pembelajaran program degree atau ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS), boleh diikuti menerusi dua kaedah iaitu;


  • Kaedah Pertama.
Kuliah setiap hari (Isnin hingga Sabtu), permohonan boleh dibuat menerusi Laman sesawang Unit Pengambilan Universiti (UPU Online) atau laman web MOHE.

Mod pengajian adalah secara sepenuh masa dan tempoh pengajian adalah 3 atau 4 tahun mengikut program / bidang yang dimohon.



  • Kaedah Kedua.
Kuliah hujung minggu (Sabtu dan Ahad), Permohonan boleh di lakukan secara terus ke UMS dengan melayarai laman sesawang Pusat Luar UMS

Mod pengajian ini adalah sepenuh masa dan separuh masa. Tempoh pengajianya pula adalah 5 tahun dan ke atas berdasarkan program yang dimohon.

Calon - calon yang ingin mengikuti kuliah sepenuh masa dengan konsep pembelajaran setiap hari, namun tidak mendapat tempat di UMS melalui permohonan kaedah pertama, calon boleh juga memohon melalui kaedah kedua menerusi SATUMS. Calon yang memohon menerusi SATUMS dan berjaya diterima, calon akan mengikuti pembelajaran sama seperti calon pelajar yang memohon menerusi UPU iaitu pada kaedah pertama. Calon boleh rujuk maklumat terperinci dengan meekan pautan SATUMS

Lanjutan itu, calon - calon yang ingin mengikuti pengajian di UMS boleh mengetahui maklumat program dan pengajian terlebih dahulu  dari masa ke semasa dengan melayari laman sesawang pada pautan ini Universiti Malaysia Sabah (UMS)


 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru