Lelaki Serang Imam Semasa Solat Subuh

Lelaki Serang Imam Semasa Solat Subuh

KUANTAN, PAHANG: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis di salah sebuah Masjid disini, setelah berang secara tiba - tiba menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 6.18 subuh, suspek berusia lingkungan 40-an dan berpakaian baju Melayu ungu dan berkain pelekat serta berseluar hitam itu dikatakan menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa iaitu En. Ilhan Muhammad Irham merupakan salah seorang pelajar Maahad Tahfiz Thurath yang pada ketika otu menjadi imam jemputan untuk menimamkan solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, negeri Pahang.


Kejadian berlaku, apabila ketika solat memasuki rakaat kedua dengan anggaran 80 jemaah, kedengaran suara lelaki menjerit dari arah pintu masjid.



Lelaki Serang Imam Semasa
Solat Subuh



Kira-kira seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah, seorang lelaki dipercayai kurang siuman meluru menolak jemaah dari belakang dan terus menuju ke imam sambil cuba memukul imam dengan menampar kepala imam menggunakan selipar.


Mangsa sempat mengelak, sekali gus menyebabkan solat dihentikan seketika, para jemaah dan pihak keselamatan Masjid yang ada ketika itu, terus menangkap lelaki berkenaan daripada terus berkelakuan sedemikian, dan menyerahkan kepada pihak berkuasa. katanya dalam satu kenyataan, hari ini. bh online.





Lanjutan penyebaran rakaman video berkenaan, ia telah mendapat puluhan tontonan di pelbagai media sosial dan rata - rata netizen meletakkan komen yang positif agar situasi berkenaan tidak berulang,  di ruangan komen.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru