Tugas - Tugas Penolong Pegawai Tadbir

Tugas - Tugas Penolong Pegawai Tadbir

Penolong pegawai tadbir adalah salah satu gred yang ditetapkan dalam skop kerja khususnya di sektor perkhidmatan awam. Jawatan ini di pohon dengan memerlukan kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma. Dalam pada itu terdapat juga kelayakan - kelayakan lain yang di ambil kira semasa temuduga bagi memohon dan seterusnya menyandang jawatan berkenaan.

Tangga gaji bagi jawatan ini, adalah bermula dari anggak satu ribu lebih dan ianya akan sentiasa mendapat kenaikkan tahun demi tahun, mengikut kadar dan peruntukan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.


contoh penampilan seseorang penolong pegawai tadbir yang penuh berkarisma dan berinovatif


Tugas - tugas penolong pegawai tadbir iaitu, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang Penolong Pegawai Tadbir N29, bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang

Justeru daripada itu juga, terdapat beberapa tugas - tugas utama yang telah disenaraikan dalam menjawat jawatan sebagai penolong pegawai tadbir, yang meliputi antaranya;

  • Pentadbiran pejabat
Bertanggungjawab dengan menyampaikan serta memastikan etika dan protokol iaitu mengurus atau menerangkan kepada kakitangan yang lain tentang etika kerja mengikut pekeliling yang dikeluarkan pihak berwajib atau bahagian sumber manusia.

Mengurus sistem fail dan rekod dokumen dengan lebih teratur dan berkesan, termasuklah membuka dan menutup fail baharu, serta pelupusan fail. Selain itu, mengurus serta memantau surat menyurat keluar masuk pejabat dengan lebih effektif.

Mengatur hal - hal mesyuarat atau aktiviti rasmi, dengan mengambil petikan minit atau membuat laporan hasil daripada tindakan atau perkara yang telah dilakukan. Ia juga bertanggungjawab dalam arahan keselamatan, dengan memastikan setiap arahan - arahan atau panduan keselamatan ada tersedia di pejabat atau tempat kerja dengan lebih jelas dan mudah dibaca serta difami oleh kakitangan.

  • Hal - hal pengurusan
Terlibat secara langsung dalam mengurus serta mentadbir sesuatu jabatan, dengan menyediakan arahan - arahan kepada kakitangan. Bertindak sebagai penyelia dan pemimpin dalam jabatan untuk memimpin kakitangan bahawan dengan lebih mematuhi perkara - perkara yang telah di tetapkan oleh pihak berwajib

Menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan terhadap isu - isu yang timbul yang mana berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan penyeliaakn. Keputusan yang dibuat adalah berpandukan kepada fakta dan justifikasi yang membawa kepada kebaikan kepada jabatan atau organisasi
  • Hal - hal teknologi maklumat
Bertanggungjawab terhadap isu - isu yang berkaitan sistem di jabatan. Menjadi kakitangan yang menyelesaikan hal - hal yang berkaitan komputer samaada dari segi software atau hardware

Menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan atau rujukan kepada kakitangan yang lain jika terdapat permasalahan berkaitan sistem

  • Hal - hal kewangan
Bertanggungjawab ke atas hal - hal yang berkaitan dengan kewangan, dari sudut perbelanjaan dan pembelian, seperti perbelanjaan mesyuarat atau majlis rasmi atau tidak rasmi, pembelian stok, aset termasuklah penyediaan inbois

Bertidak sebagai kakitangan yang membuat pembayaran, terhadap tuntutan yang dilakukan oleh agensi luar samaada dari persendirian, sektor swasta ataupun kerajaan

 

Selain daripada itu, dan bagi memantapkan ilmu pengetahuan untuk tugas - tugas sebagai seorang penolong pegawai tadbir, anda bolehlah mendapatkan bahan-bahan rujukan berikut yang mana boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

1.  Arahan Keselamatan

2.  Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

3.  Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

4.  Peraturan Kewangan dan Perakaunan

5.  Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan


Lanjutan daripada itu, sekiranya anda mendapat panggilan jawatan pegawai tadbir di sektor kerajaan, sila layari pautan dibawah untuk mengetahui tugas - tugasnya :

👉  Tugas - Tugas Sebagai Seorang Pegawai Tadbir

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri