Larangan Merokok Di Premis Makanan Dan Tempat Terbuka

Larangan Merokok Di Premis Makanan Dan Tempat Terbuka

Tindakan mengeluarkan flayers seperti dibawah, yang mana dipetik daripada laman muka buku milik kementerian kesihatan malaysia adalah salah satu tindakan yang positif dan wajar dilaksanakan. Ini kerana tempat makan, iaitu restoran ibaratnya seperti makan dirumah haruslah bersih dari segala pencemaran, lebih - lebih lagi bau dan asap rokok yang tidak menyelerakan dan menganggu kesihatan semasa makanan. 

Dalam pada itu juga, kita tidak pasti dan tahu samaada asap rokok berkenaan berterbangan dan melekat pada makanan, ini secara tidak langsung makanan yang di makan sudah tercemar.

Berdasarkan pada gambarajah flayers di bawah, larangan merokok di premis makan dan tempat terbuka, oleh itu perokok perlu berada jauh dari premis makanan jika atau sekiranya hendak menghisap rokok. Peniaga - peniaga restoran juga adalah tidak dibenarkan meletak bekas abu rokok di atas meja dan peniaga - peniaga juga harus meletakkan papan tanda larangan merokok agar ia dapat dilihat dan difahami oleh para pengunjung yang mengunjungi premis makanan atau perniagaan mereka.

sumber : laman muka buku milik kkm



Dalam pada itu, berdasarkan daripada komen - komen di laman buka buku, rata - ratanya masyarakat menyokong demi kebaikan bersama, dan seperti yang diutarakan oleh pemilik laman muka buku kit tze kiat dan jamal.
  • Sokong. Perokok2 skrg bebas merokok d merata-rata premis makanan. Diorang tak kisah pun org2 lain yg tak suka bau asap rokok. Sudah lah membahayakan org awam, busuk lg tu.
    2
    • Like
    • Reply
    • 6 m
    • Edited
  • Suruh kedai makan pasang aircon semua senangsikit tisda lah yag merokok dalam kedai makan..


  • Justeru daripada itu, amalan gaya hidup sihat dan harmoni haruslah ditingkatkan dalam diri agar kita semua sentiasa berada dalam lindungan Ilahi dengan lebih sempurna. Oleh yang demikian, marilah kita tingkatkan kesedaran dan kepekaan kita dengan sentiasa menjaga kebersihan khususnya dalam pelbagai aspek, walaupun berada diluar rumah, ini kerana dengan tindakan sedemikian bukan sahaja menjaga kesihatan dan keselamatan kita, ia juga memberi kesan dan membantu kepada orang yang lain.


    Post a Comment

    0 Comments

    Featured Post

    Selamat Hari Raya Aidilfitri