Cipta Robot Seperti Manusia

Cipta Robot Seperti Manusia

Zaman teknologi sememangnya tidak dapat dinafikan dengan penciptaan pelbagai benda yang memberi kebaikan khususnya kepada kehidupan seharian. Kepakaran serta kemahiran dalam sesuatu bidang boleh menyebabkan terhasilnya sesuatu perkaran atau objek diluar jangkaan yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor.

Contoh Gambar Ciptaan Robot Seperti Manusia

Di zaman teknologi, tidak hanya menjurus kepada komunikasi secara maya, malahan boleh juga mencipta pelbagai objek, antaranya adalah dalam bidang robotik. Prototype, lazimnya banyak dihasilkan dari masa ke semasa bagi menghasilkan sesuatu yang lebih bermutu tinggi. Kajian demi kajian dilakukan oleh ahli - ahli saintis bagi merebut pasaran yang terbaik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. 

Hari ini dapat dilihat dengan mata kasar tentang penciptann robotik, yang mana semakin canggih sehinggakan digunakan dalam skop pekerjaan, sebagai penyambut tetamu, tukang angkat barang dan banyak lagi. Paparan video di bawah, yang mana dipetik dari sumber laman muka buku, memperlihatkan kepada teknologi moden yang mana penciptaan robot yang hebat sehinggakan boleh berkata - kata dan beraksi seperti manusia. 


sumber : laman muka buku


Dari sudut ekonomi dan pembangunan, penciptaan robot semestinya sangat membantu dalam kerja - kerja serta penjimatan kos tenaga buruh dalam satu - satu syarikat atau organisasi. Walaupun demikian, banyak faedah kebaikan, namun pastinya penciptaan robot ada juga keburukannya yang mana mungkin penjagaan kos penyelengaraan oleh pemiliknya, dari masa ke semasa. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru