Tip Apabila Menempatkan Anak Di Taska

Tip Apabila Menempatkan Anak Di Taska

Tip Apabila Menempatkan Anak Di Taska 


Taska atau Tadika adalah salah satu pusat asuhan iaitu penjagaan anak-anak apabila ibu bapa sedang melakukan kerja-kerja harian. Penempatan anak-anak di Taska adalah pilihan kedua demi keselamatan anak-anak apabila tidak ada yang menjaga mereka di rumah. 

Menempatkan anak-anak di Pusat asuhan sememangnya mempunyai risiko khususnya kepada keselamatan dan keselesaan anak. Hari ini banyak viral pusat-pusat asuhan yang mengabaikan penjagaan anak-anak dengan lebih teliti, malahan terdapat juga anak-anak yang di dera tanpa belas kasihan.

Justeru itu, sebagai ibu bapa amatlah wajar untuk membuat kajian serta selidik terlebih dahulu akan pusat asuhan pilihan sebelum menempatkan anak. Berikut adalah antara beberapa tip yang boleh digunakan apabila hendak menempatkan anak-anak di Pusat asuhan atau Taska, antaranya:



  • Lokasi Pusat Asuhan

Lokasi pusat asuhan perlu diambil kira bagi memudahkan pemantauan secara pantas atau mengejut terhadap operasi pusat asuhan berkenaan. Jarak yang dekat mudah untuk dilawati dan secara langsung dapat melihat akan keselamatan anak-anak dengan berkesan.



  • Tenaga pekerja Pusat Asuhan

Pekerja pusat asuhan perlulah dikenali dan diketahui oleh ibu bapa sebelum mereka menempatkan anak-anak mereka. Mengenali pekerja Taska, secara langsung mampu mengikat ikatan silaturrahim yang baik dan para pekerja Taska secara langsung dapat menjalankan kerja-kerja penjagaan anak-anak dengan penuh berhati-hati. Dalam pada itu, melalui perkenalan, pekerja taska akan lebih berhati-hati kerana mereka takut akan dikenakan tindakan jika anak-anak dibawah jagaan mereka terabai.



  • Keselamatan Bangunan Pusat Asuhan

Kekukuhan bangunan Pusat Asuhan perlu dititik beratkan oleh ibu bapa sebelum mereka memilih untuk menempatkan anak-anak mereka di tempat berkenaan. Keselamatan bangunan haruslah mendapat pengiktirafan dari pihak berwajib dan selamat untuk diduduki atau didiami. Selain itu, struktur bangunan Pusat Asuhan haruslah selesa dan dilengkapi oleh peralatan keselamatan, seperti pemadam api, mempunyai bekalan air yang baik, mempunyai sistem pendawaian yang tersusun, memiliki kemudahan cctv serta Kawasan persekitarannya tidak terdedah kepada bahaya dan lain-lain lagi.



  • Teliti Jadual Aktiviti Harian Taska 

Ibu Bapa perlu peka dengan mengambil tahu akan setiap aktiviti harian yang telah dijadualkan oleh pihak Taska. Perkara berkenaan sangat penting, agar ibu bapa dapat memantau dan mengetahui adakah Taska melakukan aktiviti seperti yang telah dijadualkan. Dalam masa sama, dengan adanya kalender aktiviti harian, ibu bapa dapat menentukan samaada aktiviti berkenaan bersesuaian dengan anak-anak mereka atau sebaliknya.  Takwim aktiviti yang disediakan Taska menjadi rujukan dan panduan ibu bapa, bagi memastikan anak-anak mereka mendapat rehat yang mencukupi atau sebaliknya.




Tip Apabila Menempatkan Anak
 Di Taska




  • Menu Makanan dan Minuman Anak-Anak

Keperluan jenis makanan dan miuman yang dibekalkan kepada anak-anak juga perlu diketahui awal oleh para Ibu Bapa sebelum mereka menempatkan anak-anak mereka di Taska. Sumber serta kebersihan makanan dan minuman adalah sangat penting demi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak dengan lebih terjamin. Makanan dan minuman yang dibekalkan haruslah bersih dan mendapat kelulusan daripada badan berwajib. Selain itu, jenis makanan dan minuman haruslah segar dan seimbang agar anak-anak sentiasa kelihatan sihat dan cergas.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Petua Gaya Hidup Sihat