Golongan Sasaran Scammer

Golongan Sasaran Scammer

Golongan Sasaran Scammer


Scammer merupakan satu kegiatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan atau persatuan yang bergiat secara senyap dalam aktiviti penipuan atau manipulasi atau memperdaya orang lain dengan tujuan mendapatkan wang ringgit. Perbuatan ini dilakukan dengan penyamaran menerusi panggilan telefon. Menawarkan tawaran istimewa seperti pulangan wang ringgit di media sosial, dan banyak lagi yang bersifat mencurigakan dan penipuan.

Sebelumya, scammer akan mengumpul dahulu maklumat mangsa bagi merancakkan perbualan sebelum menghubungi mangsa dan memperdayanya. Apabila mangsa telah mulai percaya, scammer akan mula menawarkan habuan dan meminta maklumat-maklumat penting mangsa khususnya akaun perbankan. Motif scammer hanyalah satu iaitu mendapatkan wang ringgit mangsa.







Lazimnya, terdapat beberapa golongan yang menjadi sasaran kepada scammer, antaranya:

  • Golongan pesara kerajaan
Pesara kerajaan adalah salah satu sasaran scammer kerana terdapat golongan ini tidak tahu akan perkembangan digital serta pengetahuan semasa khususnya mereka yang terletak di pedalaman atau luar bandar, menyebabkan mereka mudah percaya dan terpedaya melalui tipu hela scammer.


  • Golongan wanita kaya
Golongan wanita kaya yang tidak mendaftarkan hasil perniagaan mereka dengan lembaga hasil dalam negeri berpotensi menjadi sasaran scammer. Scammer akan menyamar sebagai kakitangan LHDN dan memperdaya mangsa dengan maklumat-maklumat peribadi mangsa.



  • Golongan ahli perniagaan
Ahli perniagaan yang terkenal dan berpengaruh serta keberhutangan juga salah satu sasaran scammer.  Scammer akan menghubungi golongan ini dan memperdaya dengan pelbagai fakta milik mangsa. Justeru itu, scammer akan berusaha meyakinkan dengan pelbagai ugutan atau penyelesaian, sehingga mangsa rasa yakin dan ketakutan.



  • Golongan pencarum KWSP
Golongan pencarum KWSP juga adalah antara sasaran para scammer. Scammer akan menggunakan fakta kakitangan KWSP bagi meyakinkan mangsa sehingga mangsa percaya dan terpedaya. Tedahulu, kebiasanya scammer akan mengumpul maklumat pribadi dan kesalahan mangsa sebelum mengubunginya.


  • Golongan biasa yang tidak percaya kewujudan scammer

Golongan yang tidak meningkatkan ilmu pengetahuan atau mengambil tahu isu semasa atau tidak percaya akan kewujudan scammer mudah menjadi sasaran dan ditipu sewanang-wenangnya. Scammer akan memperdaya dengan pelbagai cara melalui janji-janji manis memberikan habuan pulangan wang ringgit jika mangsa mendaftar link yang diberikan dan memasukkan maklumat peribadi termasuk kad perbankan. Maklumat mangsa akan digunakan dan didaftarkan oleh scammer untuk aktiviti pembelian online banking atau aktiviti penipuan yang lain dan haram.




Justeru daripada itu, tingkatkanlah ilmu pengetahuan kendiri dengan isu-isu semasa khususnya maklumat kearah digital agar terhindar daripada tipu daya scammer. Sentiasalah waspada, dan jangan mudah percaya dan terpedaya menerusi panggilan telefon yang meragukan, pautan link atau tawaran di media sosial hingga membawa kepada pemberian maklumat peribadi dan tipu hela sehinggakan boleh memakan diri sendiri. Jika maklumat itu tidak sahih, meragukan, kajilah dan tanya kepada yang tahu dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Cegah diri anda sendiri dengan lebih bijaksana sebelum terjerat ke perangkap scammer.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri