Pantun Awal Tahun

Pantun Awal Tahun

Pantun Awal Tahun.


  • Pertama.
Awal tahun awal pembukaan
Banyak iltizam yang telah dirancang
Janganlah lupa kepada tuhan
Tingkatkanlah doa dengan terbilang


  • Kedua.
Tahun baharu kini bermula
Pelbagai azam yang diinginkan
Semoga kita dalam kekal bahagia
Walau apa segala rintangan







  • Ketiga.
Tingkatkanlah diri di awal tahun
Tegakan impian dengan jitu
Elakkan sengketa yang tidak ketentuan
Satukan perpaduan yang lebih padu


  • Keempat.
Kekalkan niat yang telah dirancang
Di awal tahun baharu permulaan
Elakkan segala hasutan yang datang
Semoga impian dapat pulangan


  • Kelima.
Bulan januari awal permulaan
Tingkatkan ibadah dengan kekuatan
Janganlah lalai dengan godaan
Semoga impian jadi kenyataan


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru