Selamat Menyambut Tahun 2024 Dengan Gembira

Selamat Menyambut Tahun 2024 Dengan Gembira

Selamat Menyambut Tahun 2024 Dengan Gembira


Selamat menyambut tahun baharu 2024 dengan pelbagai azam dan iltizam. Orang ramai khususnya telah mengilhamkan apa yang mereka akan lakukan dan inginkan terjadi pada tahun 2024 nanti. Namun ada juga dikalangan yang lain membawa azam tahun 2023 yang tidak tercapai kebtahun 2024 dengan penuh harapan, sebagai contoh jodoh pertemuan.

Itulah laungan dan kata-kata yang sering didengat dari mulut apabila segak dan rancak bersembang di kedai-kedai atau warung kopi.

Lazimnya, rakyat di negara ini tetap menanti tibanya tahun baharu, kerana sementara menunggu detik berkenaan pelbagai aktiviti dilakukan seperti parti (bbq), kenduri doa selamat, membawa keluarga bersiar-siar melihat bunga api dan lain-lain lagi.



Selamat Menyambut
Tahun 2024 Dengan Gembira



Pada kesempatan ini dan semoga sentiasa diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki yang halal serta lancar, ingin mengungkapkan ucapan doa untuk bersama, antaranya berikut;

  • Doa di waktu siang
Semoga siang hari kalian semua diterang sinaran matahari yang baik dan hujan yang turun menyuburi bumi dengan penuh keriangan dan kegembiraan.


  • Doa di waktu malam
Semoga di hari malam kalian sentiasa diberikan rehat yang lena serta tidur yang nyenyak.


  • Doa di hari isnin
Semaga di setiap hari isnin sepanjang tahun 2024 kalian sentiasa diberikan kesihatan dan ksejahteraan hidup yang baik.


  • Doa di hari selasa
Semoga setiap hari selasa kita semua dikurniaan kesihatan yang baik dengan dipermudahkan segala urusan.


  • Doa di hari rabu
Semoga setiap hari rabu sepanjang tahun 2024 kita semua sentiasa bersatu padu dalam apa juga perkara dan saling menjauhi serta mencegah perkara-perkara yang dilarang.


  • Doa di hari khamis
Semoga pada hari sabtu sepanjang tahun 2024 kita semua dikurniakan rezeki yang halal lagi diberkati.


  • Doa di hari jumaat
Semoga pada hari jumaat sepanjang tahun 2024 negara kita yang dicintai sentiasa dilindungi dari segala malapetaka, ancaman musuh yang merbahaya. Setiap amalan yang dilakukan, kita juga sentiasa diberikan ganjaran berlipat kali ganda.


  • Doa di hari sabtu
Semoga di setiap hari sabtu kita dikurniakan keluarga yang penyangi dengan penuh kemesraan dan kebaikan.


  • Doa di hari ahad
Semoga hari ahad sepanjang tahun 2024 yang akan datang kita sentiasa berada dalam lingdungan yang maha kuasa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru