Cara Menangani Risiko

Cara Menangani Risiko

Risiko adalah satu isu atau ancaman yang dihadapi apabila ingin melakukan sesuatu perkara khususnya dalam perniagaan. Peratusan risiko yang dihadapi adalah bergantung atau dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

Setiap tindakan ke atas sesuatu perkara yang dilakukan haruslah di rancang terlebih dahulu khususnya merangkumi kebaikan dan keburukan yang kebarangkalian dihadapi.



Cara Menangani Risiko




Klik link dibawah dan ikuti kandungan artikal yang bermanfaat:





Justeru itu, terdapat banyak cara menangani risiko dan di antaranya adalah berikut:

  • Pertama.
Elakkan daripada melakukan perkara berkenaan.
Sekiranya sesuatu perkara itu berpotensi mendatangkan ancaman seperti kerugian, kemerosotan, kerosakan dan sebagainya yang berimpak positif kepada organisasi maka elakkan dan jangan lakukan.


  • Kedua.
Kawal secara konsisten tentang perkara berkenaan.
Kawalan dilakukan kepada sesuatu perkara itu berada pada paksi seimbang iaitu tidak mendatangkan kerugian atau ancaman, maka perlu dikawal agar ia sentiasa konsisten. Dalam masa sama berusaha untuk meningkatkan agar hasil yang diperolehi lebih mampan. Kawalan haruslah lebih kukuh dan efisen bagi memgelakkan perkara berkenaan jatuh kepada risiko kecelakaan.


  • Ketiga.
Pindahkan sesuatu perkara berkenaan kepada pihak lain.
Sesuatu perkara yang dilaksanakan dan jika ia memberi kesan risiko berpanjangan sehingga kepada kerugian melampau, tindakan yang perlu dilakukan adalah memindahkanya kepada pihak kedua. Sebagai contoh, jika kakitangan kerap mengambil cuti sakit dan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, ada baiknya tindakan mendapatkan insuran untuk kakitangan. Situasi berkenaan secara langsung akan berada dibawa tanggungan pihak insuran.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri