Ikuti Pengajian Hujung Minggu Di UMS Dibawah Kendalian PLUMS

Ikuti Pengajian Hujung Minggu Di UMS Dibawah Kendalian PLUMS

Ikuti Pengajian Hujung Minggu Di UMS  Dibawah Kendalian PLUMS.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah salah satu universiti awam yang terletak di negeri Sabah.

Pelbagai tingkat program dan bidang yang ditawarkan samaada di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah.

Konsep pembelajaran juga di jalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.




Ikuti Pengajian Hujung Minggu Di UMS  Dibawah Kendalian PLUMS




Demi meningkatkan mutu pembelajaran di kalangan masyarakat pada masa kini. UMS telah lama menorak langkah dengan memperkenal konsep pembelajaran sepanjang hayat secara kuliah hujung minggu yang kini di kendalikan sepenuhnya oleh pejabat Pusat Luar UMS (Plums). Kaedah pembelajaran sedemikian boleh diikuti dan terbuka kepada semua peringkat golongan yang berkelayakan.

Kaedah pembelajaran hujung minggu ini secara langsung membuka ruang khususnya kepada yang bekerja agar dapat meningkatkan pengajian di peringkat tertinggi.

Program - program UMS yang dikendalikan oleh Plums adalah setara dengan sepenuh masa, cuma yang membezakanya adalah konsep atau kaedah pembelajaran sahaja, iaitu hujung minggu. Oleh sebab itu tempoh pengajianya agak panjang kerana kuliahnya hanya dilakukan setiap sabtu dan ahad, berbanding sepenuh masa yang mana kuliahnya setiap hari. Manakala, jumlah jam kredit dan matapelajaran atau kursus yang didaftarkan adalah sama sepenuhnya.


Lazimnya, Pusat Luar UMS akan membuka penawaran program dua kali dalam setahun iaitu kemasukan Februari dan September. Permohonan untuk memgikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana (secara kerja kursus / mod campuran) boleh dilakukan secara terus dengan melayari laman sesawang Plums dari masa ke semasa.


Klik pautan laman sewang di bawah untuk mengetahui maklumat terperinci tentang program yang di tawarkan dan seterusnya membuat permohonan.


👉 Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS)



Terdahulu, Plums adalah salah satu pejabat yang terletak di dalam UMS yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan menawarkan program - program Universiti di peringkat Ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana melalui konsep pempelajaran sepanjang hayat (psh) dengan perlaksanaan kuliah bersemuka pada hari sabtu dan ahad.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru