Permohonan Ijazah Sarjana Muda Terus Ke UMS Kini Dibuka Bagi Kemasukan 2023

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Terus Ke UMS Kini Dibuka Bagi Kemasukan 2023

Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka permohonan untuk mengikuti pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda (mod Sepenuh Masa) bagi kemasukan September 2023 menerusi Saluran Ambilan Terbuka Universiti Malaysia Ssabah (SATUMS). Kemasukan ini adalah dibawah kelolaan pejabat Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah. Permohonan boleh dibuat pada masa sekarang sehingga tarikh tutup yang ditetapkan seperti yang tertera dalam iklan dibawah.






Antara bidang bagi program Ijazah Sarjana Muda yang di tawarkan bagi kemasukan September 2023 menerusi SATUMS meliputi aliran sains dan sastera, antaranya adalah;
  • Teknologi Seni Visual
  • Seni Muzik
  • Seni Kreatif
  • Pemasaran Antarabangsa
  • Kewangan Antarabangsa
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Kewangan Islam
  • Kejuruteraan Perisian
  • Teknologi Multimedia
  • Komputeran Perniagaan
  • Sains Data
  • Pengeluaran Tanaman
  • Hortikultur Dan Landskap
  • Pengeluaran Ternakan
  • Perhutanan Tropika Antarabangsa
  • Taman Alam Semulajadi Dan Rekreasi
  • Perladangan Hutan Dan Perhutani
  • Teknologi Dan Industri Kayu
  • Biologi Pemuliharaan
  • Matematik Grafik Berkomputer
  • Sains Sekitaran
  • Geologi
  • Fizik Industri
  • Akuakultur
  • Sains Marin
  • Psikologi Industri Dan Organisasi
  • Pembangunan Belia Dan Komuniti
  • Psikologi Kanak - Kanak Dan Keluarga
  • Kerja Sosial
  • Perkhidmatan Makanan
  • Sains Makanan Dan Pemakanan
  • Teknologi Makanan Dan Bioproses
  • Komunikasi
  • Hubungan Industri
  • Geografi
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Kejuruteraan Minyak Dan Gas
  • Perakaunan
  • Keusahawanan
  • Ekonomi Perancangan Dan Pembangunan
  • Pengurusan Kewangan Dan Perbankan
  • Ekonomi Kewangan
  • Pengurusan Hospitaliti
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Pemasaran
  • Ekonomi Sumber Manusia
  • Pengurusan Pelancongan
  • Pendidikan Dengan Sejarah*
  • Pendidikan Dengan Tesl*
  • Sains Sukan*

 

Bagi program Ijazah Sarjana Muda (pendidikan dengan sejarah, pendidikan dengan tesl dan sains sukan) tarikh tutup permohonanya akan tutup awal iaitu pada 30 april 2023.


Maklumat terperinci dan syarat kemasukan seiap program boleh layari laman web Pusat Luar UMS; 




Permohonan kemasukan ke program saluran SATUMS boleh dilakukan dengan menekan pautan dibawah;

👉   MOHON



Kelebihan - kelebihan memohon dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UMS melalui SATUMS antaranya;
  • Program yang diminati dan dimohon pastinya akan mendapat tempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Program yang dimohon adalah mod pengajianya sepenuh masa
  • Program adalah diiktiraf 
  • Kawasan kampus yang selesa, menarik, indah dan selamat 
  • Sesi pengkuliahan setiap hari dan boleh fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran
  • Persekitaran Universiti yang lengkap dengan kemudahan prasarana pembelajaran dan juga aktiviti ko-kurikulum



Maklumat lanjut tertang program melalui SATUMS boleh hubungi pejabat di talian serta laman media sosial yang tertera pada iklan yang dipaparkan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru