Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment Ke Jalan Raya

Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment Ke Jalan Raya

Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment Ke Jalan Raya.


Tular di media sosial TikTok, seorang lelaki berbaju putih membalik sebotol kaca arak dari balkoni apartment yang tinggi ke jalan raya.

Kejadian rakaman video yang berdurasi 43 saat itu mendapat tontonan puluhan ribu dari warga maya. 



Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment Ke Jalan Raya



Rata - rata nitezen memberikan maklumbalas negatif dan mengundang kemarahan ke atas perbuatan lelaki berkenaan. Perlu tindakan yang sewajarnya di ambil ke atas kebiadapan perbuatan lelaki itu.

Kejadian itu berlaku di Dang Wangi dan ramai mahu lelaki tersebut ditangkap agar dikenakan tindakan yang setimpal kerana mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Perbuatan sedemikian sangatlah bahaya dan boleh mengundang kecederaan teruk, jika botol kaca arak yang di baling terkena pada sesiapa sahaja yang lalu lalang di kawasan apartment berkenaan.



Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment Ke Jalan Raya


Segelintir netizen berpendapat bahawa individu itu dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan tersebut.

Dalam kejadian itu, tidak dapat dipastikan jika ada kenderaan atau orang awam yang cedera terkena botol kaca dibaling itu dan juga di mana ia pecah.


Menurut buzzkini. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki terbabit

Terkini, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemuda terbabit yang sengaja melakukan tindakan sedemikian di sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSI) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi sudah mengenal pasti lelaki terbabit dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Penelitian mendapati, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (3 Februari 2023).


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu