Selamat Menyambut Hari Anti Rasuah Tahun 2022

Selamat Menyambut Hari Anti Rasuah Tahun 2022

Selamat Memyambut Hari Anti Rasuah Tahun 2022 yang disambut setiap tanggal 09 Disember setiap tahun.

Terdahulu, rasuah adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh dua orang atau lebih, melibatkan pemberi dan penerima. Rasuah selalunya berlaku apabila adanya sesuatu perkara yang diinginkan, seperti jawatan, perniagaan, dan lain - lain lagi.

Rasuah boleh terjadi disebabkan ganjaran yang lumayan, ugutan dan yang lain - lain yang berkaitan dengannya.


Walaupun perbuatan sedemikian mendapat kesenangan, namun pasti akan dilanda pembalasan. Hal ini ditegaskan dalam agama, yang membawa maksud, tiap - tiap sesuatu perbuatan yang baik pasti akan di balas baik, dan setiap perbuatan yang buruk pasti akan di balas buruk.



Selamat Memyambut
Hari Anti Rasuah Tahun 2022



Lanjutan kepada itu, terdapat banyak keburukan yang dihadapi dan dialami jika mengambil atau memberi rasuah, antaranya;

  • Mendapat ganjaran dosa kerana melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik dan salah.
  • Mendapat hukuman setimpal di dunia jika sabit kesalahan oleh mahkamah.
  • Kehidupan keselamatan sentiasa merasa tidak selamat dan gelisa.
  • Jiwa dan pemikiran merasakan tidak tenteram dengan sumber rezeki yang diperolehi adalah tidak halal.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru