Lagu Negaraku

Lagu Negaraku

Sejarah Awal Lagu Negaraku.

Lagu negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selepas daripada itu, sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.


Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali. wikipedia.



Lagu Negaraku



Lirik Lagu Negaraku.

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat



Kesan Lagu Negaraku.

Penciptaan lagu negaraku benyak memberi kesan positif kepada masyarakat, bangsa dan negara. Rakyat menjadi bersatu padu dalam apa juga perkara serta cabaran yang dihadapi demi pembangunan persama. Dalam masa sama, ia juga meletakkan dan meningkatkan ketaatan dan kesetiaan yang tinggi kepada raja dan negara.
Selain daripada itu, dengan adanya lagu negaraku, ia memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum serta merealisasikan semangat patriotisma yang lebih utuh dan maju. Gejalah jenayah serta perkara - perkara negatif juga dapat di tepis dengan baik dan berkesan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru