Keburukan Minum Arak

Keburukan Minum Arak

Arak adalah sejenis minuman yang memabukan dan tidak baik untuk kesihatan anggota badan. Ia juga boleh menyebabkan perlakuan seseorang akan menjadi luar biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa meminum minuman keras hingga masuk ke dalam perutnya maka tidak diterima solatnya selama 7 hari, apabila meminum minuman keras sampai hilang akalnya (mabuk) maka tidak diterima solatnya selama 40 hari, apabila ia mati, matinya dalam keadaan kafir, apabila ia bertaubat maka Allah akan menerimanya, apabila  ia mengulanginya lagi maka hak Allah nanti akan memberikan minuman dari darah campur nanah.”



Kesan Minum Minuman Beralkohol

Kesan kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol. Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai hangover.

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu. Tanda hangover akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan. myhealthy.





Keburukan Minum Arak





Berikut adalah antara beberapa keburukan minum arak untuk perkongsian bersama;

  • Keihatan anggota badan
Minum arak boleh menyebabkan kerosakan anggota dalaman badan. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian.


  • Keluarga
Minum arak bukan sahaja memberi kesan pada sendiro, malahan juga kepada keluarga. Isu pergaduhan akan berlaku apabila mental dan fizikal tidak lagi berfungsi dengan waras. Pergaduhan adakalanya berpanjangan dan boleh membawa kepada percerian serta pembunuhan. Kesan berkenaan juga akan menular dan dirasai oleh anak - anak, apatalagi jika mereka yang masih kecil atau bayi.

  • Ekonomi keluarga
Kaki minum pastinya akan lebih ketagih dan boleh dikatakan hari - hari inginkan minum. Situasi sedemikian boleh menyebabkan kepada kemerosotan ekonomi sesebuah rumah tanggah. Sumber pendapatan adakalanya hanya di gunakan untuk membeli bahan minuman semata - mata. Perkara sedemikian berlarutan boleh menyebabkan kepada keberhutangan yang tinggi serta kestabilan rumah tangga tidak lagi kukuh.

  • Masyarakat dan negara
Amalan sukan minum, minuman beralkohol boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Hal ini kerana, masyarakat akan memandang jijik dan memulaukan insan yang berkaki minum. Dalam masa sama, sumber tenaga buruh sesebuah negara juga akan menyusut dan tidak memiliki kepakaran tempatan. Oleh itu, kos meningkat akan di tanggung oleh negara kerana terpaksa mengatur urus pesalah kaki minum dan juga memgimport tenaga buruh dari luar negara.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru