Biodata Nabi Ibrahim A.S.

Biodata Nabi Ibrahim A.S.

Biodata Nabi Ibrahim A.S. 


Sepintas lalu,

Nabi Ibrahim A.S. merupakan salah seorang nabi dan rasul yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Baginda telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah". Selain itu baginda bersama anaknya Nabi Ismail a.s. sangat terkenal sebagai pengasas Kaabah. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi Ulul Azmi.




Biodata Nabi Ibrahim A.S. 




Sejarah kehidupan awal Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim A.S ialah putera kepada Tarikh bin Nahor bin Sarug bin Raghu bin Faligh bin Aaabir bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.). Manakala Azar adalah bapa saudara Nabi Ibrahim, bukanlah bapa kandung baginda. Kalimah "Abi" di dalam bahasa arab kadangkala membawa makna bapa kandung dan kadangkala juga membawa makna bapa saudara. Awalnya, baginda dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam Empayar Neo-Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Hal ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan dan akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ialah dia akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan menjadi pemusnah berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan dahsyat. Oleh itu, Raja Namrud mengarahkan semua bayi dibunuh, manakala lelaki dan wanita pula dipisahkan selama setahun.


Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri kepada Tarikh telah mengandung tanpa menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari, dia terasa tiba waktunya melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja Namrud, pasti dia serta anaknya dibunuh. Dalam ketakutan, ibu Ibrahim melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuk batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah ke gua tersebut dan terkejut melihat Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka ibubapanya berani membawanya pulang ke rumah.


Sejarah berdakwah kepada bapanya, 

Azar, bapa Nabi Ibrahim tidak terkecuali bertuhan dan menyembah berhala. Nabi Ibrahim menasihati ayahnya tentang penyembahan yang dilakukannya terhadap berhala-berhala, mengingkari sekaligus melarangnya melakukan hal tersebut. Namun ayahnya tidak juga berhenti dari perbuatan tersebut.


“Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya, Aazar, ‘Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” - Al Quran, Surah Al - An'am, Ayat 74


Ada pendapat mengatakan Azar bukan ayah Nabi Ibrahim, tetapi di dalam Tafsir Ibnu Kathir ada dinyatakan sepeti berikut:

Adh-Dhahhak mengatakan dari Ibnu ‘Abbas bahwa ayah Ibrahim bukan bernama Aazar tetapi Tarakh. Demikian yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim. Adapun Ibnu Jarir menyebutkan: “Yang benar nama ayah Ibrahim adalah Aazar.”

Kemudian Ibnu Jarir menanggapi pendapat para ahli nasab yang menyatakan bahwa ayah Ibrahim bernama Tarakh, ia mengemukakan: “Mungkin saja ia mempunyai dua nama, sebagaimana yang dimiliki oleh banyak orang, atau mungkin salah satunya sebagai gelar.” Dan yang dikemukakannya tersebut bagus dan kuat. wallaaHu a’lam.

- Tafsir Ibnu Kathir Surah Al-An'am Ayat 74-79


Maka Ibrahim memohonkan ampunan bagi ayahnya sepanjang hidupnya, dan ketika ayahnya mati dalam keadaan musyrik dan yang demikian itu diketahui Ibrahim secara jelas, maka ia menghentikan permohonan ampunan bagi ayahnya tersebut serta melepaskan diri darinya. Sebagaimana yang difirmankan-Nya yang artinya:

“Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, Maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi Penyantun.” - Al Quran, Surah At - Taubah, Ayat 114



Sejarah Menjalankan Korban

Menurut riwayat, Nabi Ibrahim AS pernah menyembelih korban sehingga 1,000 ekor bebiri, 300 ekor lembu, dan 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, baginya tidak cukup dalam mengorbanannya kepada Allah sehingga beliau bernazar "...seandainya aku mempunyai anak lelaki, pasti akan ku sembelih kerana Allah dan aku korbankan kepada-Nya."

Ucapannya itu dibuat ketika isterinya, Sarah masih belum mengandung. Selepas Ibrahim menikahi Hajar dan dikurnia seorang anak iaitu Ismail, Ibrahim diseru Allah melalui mimpinya untuk memenuhi nazarnya itu. Beberapa malam beliau bermimpi yang sama dan akhirnya beliau yakin bahawa mimpi tersebut bukanlah mimpi daripada syaitan. Ketika itu, usia Ismail lebih kurang 7 tahun (ada yang berpendapat 13 tahun).

Setelah meminta Hajar mempersiapkan Ismail dengan pakaian dan berpenampilan terbaik, Ibrahim dan Ismail berangkat menuju ke suatu lembah kosong (kini di Daerah Minah) dengan membawa tali dan sebilah pisau.

Dalam perjalanannya menghampiri tempat korban, Iblis memujuk dan menggoda Nabi Ibrahim untuk mengasihani anaknya lalu meninggalkan nazarnya itu. Tiga kali cubaan iblis tetapi tidak berjaya dilayan Ibrahim malah Nabi Ibrahim (sesetengah riwayat, Nabi Ismail) mengutip batu kerikil di tanah dan melempar batu itu ke arah Iblis setiap kali godaan itu berlaku hingga buta mata kirinya. Maka, Iblis pun pergi dengan hampa. Di sini bermula sejarah melontar jamrah dalam ibadah haji.


Sesampainya di Kota Minah, Nabi Ibrahim berterus terang kepada Ismail seperti yang difirman Allah:

Maka ketika anaknya itu sampai bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar".

Al-Quran, Surah As-Saffat ayat ke-102

Ismail turut berpesan kepada ayahnya untuk mengikatnya dan memalingkan wajahnya agar tidak timbul simpati di hati ayahnya itu. Di samping itu, dia meminta menajamkan pisau agar mudah dan cepat prosesnya. Ismail juga meninggalkan pesan untuk disampaikan kepada Hajar, ibunya. Setelah mendengar pesan itu, Nabi Ibrahim bersedia lalu menjalankan proses penyembelihan tersebut. Dengan kuasa Allah SWT, Allah SWT menggantikan Ismail dengan seekor haiwan gantian yang besar dan haiwan itulah yang sebenarnya menjadi korban.

Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan bahawa pisau tersebut tidak dapat melukakan langsung leher Nabi Ismail, ada pula yang leher Nabi Ismail telahpun dipotong tetapi bertukar kepada haiwan tersebut dan ada pula yang menyatakan belum sempat pisau dilalu, Nabi Ismail telah ditukar.

Walau apapun, kisah ini dikisahkan dalam al-Quran As-Saffat ayat 102-109.



Sejarah Pembinaan Kaabah

Kaabah, menjadi satu mercu tanda dan kiblat bagi orang-orang Islam di seluruh dunia.

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah penceritaan yang menyatakan bahawa Nabi Adam yang menjadi orang pertama membina Kaabah yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Namun, Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya Nabi Ismail, membina semula struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual ibadah haji dimulakan untuk umat manusia.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad menetapkan semula dan membersihkan amalan ibadah haji di Kaabah setelah ribuan tahun berlalu sejak zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad SAW juga menjadi orang yang memulakan pertukaran kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah. 

Sepertimana Madinah dirujuk sebagai "Bandar Nabi [Muhammad SAW] atau hanya "Bandar Muhammad SAW", Kota Makkah pula digelar sebagai "Bandar Ibraham", kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah. Sumber: wikipedia.



Nabi - nabi yang tersenarai dalam gelaran ulul azmi, antaranya;

  • Nabi Nuh As
  • Nabi Ibrahim As
  • Nabi Musa As
  • Nabi Isa As
  • Nabi Muhammad Saw



Maksud Ulul Azmi;

Adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tertinggi dan teristemewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama islam.


Pengajaran yang diperolehi daripada sejarah kehidupan Nabi Ibrahim A.S. antaranya;

  1. Tingkatkan kesabaran dengan lebih mulia, kerana setiap kesabaran itu ada hikmahnya daripada Allah SWT.
  2. Sentiasa bersikap waspada dalam melakukan sesuatu perkara agar mendapat kejayaan yang baik.
  3. Keyakinan yang tinggi perlu diterapkan dalam hati jika sesuatu perkara yang dilakukan memberi manfaat kebaikan kepada diri dan juga masyarakat serta keredahan Ilahi.
  4. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan godaan negatif yang boleh membawa kepada perpecahan ummat dan juga memgakibatkan negatif kepada semua
  5. Tingkatkan amal ibadah dengan penub kesungguhan dan keyakinan agar ianya mendapat kejayaan dan keredahan Allah SWT.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru