Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Bapa adalah merujuk kepada seorang lelaki yang telah mendirikan rumah tangga dan bergelar suami kepada isterinya, Bapa juga adalah tunjang atau payung kepada keluarga yang dibentuknya, sebaik - baik bapa adalah dia yang mengemudi keluarganya dengan baik dan menuju destinasi yang benar serta mendapat ganjaran pahala kebaikan daripada yang maha esa.

Dalam pada itu, bapa juga dipanggil dengan sebutan nama lain di negara ini, antara panggilan untuk mereka adalah abah, ayah, abie, bapak, beliau, dan suami. Bapa adalah panggilan umum yang biasa dipanggil oleh si anak, manakala si isteri akan memanggil dengan nama manja sebagaimana yang mereka ciptakan dan persetujui bersama. Panggilan berkenaan juga adalah sangat penting demi gurau senda serta kasih sayang dalam sesebuah keluarga,

Selamat hari bapa yang saban tahun di sambut sudah pasti, merupakan satu penghargaan kepada si bapa serta kasih sayang keluarganya. Dalam pada itu, sambutan juga adalah menghargai pengorbanan si bapa saban hari membanting tulang demi rezeki keluarga, Kebiasanya kejutan dan sambutan akan dilakukan oleh sesebuah keluarga demi meraikan sambutan hari bapa, seperti memberikan bunga hadiah, membawa makan bersama sesisi keluarga, mengadakan kenduri kesyukuran, harijadi dan lain - lain lagi. Setiap keraian yang dilakukan dimulai dengan bacaan doa dan kesyukuran bersama. Lazimnya anak - anak akan mencontohi dan seterusnya mengikuti jejak langkah bapanya, oleh yang demikian wajarlah pepetah mengatakan 'bapa borek anak rintik'. Didikan yang bijaksana oleh seorang bapa akan menghasilkan sesuatu sumber manusia yang berkualiti kepada keluarganya, bangsa dan seterusnya negara. 



Selamat Hari Bapa


Lanjutan daripada itu, sempena sambutan hari bapa yang sentiasa disambut, maka dengan ini diucapkan selamat hari bapa kepada para lelaki yang bergelar dan berstatus bapa, walau di mana sahaja berada dan semoga sentiasa sihat serta gembira dalam mengalas tanggungjawab sebagai nakota atau kemudi kepada bahtera yang dibina dengan lebih berjaya dan sentiasa mendapat kebaikan serta dipermudahkan urusan oleh yang maha esa sentiasa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru