Nasi Kerabu Mantul

Nasi Kerabu Mantul

Nasi kerabu mantul nama diberi, merupakan salah satu hidangan yang dulunya di sajikan hanya setiap hari rabu.

Sinonim dengan namanya menyebabkan ianya di hidangkan pada hari rabu. Namun disebabkan permintaan ramai, hidangan ini mulai di sajikan kepada umum pada hari - hari biasa.

Selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, hiasan serta ramuan nasi kerabu sangat menarik dan mengamit pengunjung untuk menikmatinya.



Nasi Kerabu Mantul

Kandungan dalam nasi kerabu, adalah terdiri daripada nasinya yang di warna, ayam, kerepek, telur dan campuran puding kelapa serta lada. 

Kebiasaanya dijual pada harga rm7.00 ke rm8.00 sahaja, dan ia mampu di miliki serta di nikmati bersama sanak keluarga atau rakan taulan.

Dalam masa sama, nasi kerabu sangat menyelerakan apabila di tambah dengan juadah air seperti sirap limau, air bandung dan lain - lain lagi mengikut citarasa seseorang.

Akhir sekali, selamat menikmati hidangan nasi kerabu yang mantul dan mulakan dengan doa makan.


Dalam pada itu, menerusi sumber wikipedia, Nasi kerabu ialah hidangan nasi masakan Malaysia, sejenis nasi ulam, di mana nasi berwarna biru dimakan bersama ikan kering atau ayam goreng, keropok, jeruk dan salad lain. Warna biru beras berasal daripada kelopak bunga Clitoria ternatea (bunga telang), yang digunakan sebagai pewarna makanan semulajadi dalam memasaknya. Nasinya juga boleh dimasak dengan nasi putih biasa atau nasi yang dimasak menggunakan kunyit. Ia sering dimakan bersama solok lada dan juga dimakan bersama keropok goreng.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu