UMS Pembelajaran Bekerja Sambil Belajar

UMS Pembelajaran Bekerja Sambil Belajar

Bekerja sambil belajar adalah salah kaedah pembelajaran yang mana dapat membantu untuk mengecapi kedua - dua pengalaman, baik kepada akademik mahupun pekerjaan.

Konsep sedemikian juga, sangat membantu kepada golongan - golongan yang bekerja untuk mendapat peluang meningkatkan tahap pengajian atau pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Tidak kurang hebatnya, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga ada saluran berkenaan, di mana mereka yang bekerja atau tidak bekerja boleh mengikuti pengajian melalui kuliah hujung minggu atau sebelah malam.



UMS Pembelajaran Bekerja Sambil Belajar



Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), program - program yang dikendalikan secara hujung minggu atau malam melibatkan beberapa  program yang ditawarkan antaranya di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)  dan Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran). Program - program berkenaan di tawarkan dua kali dalam  setahun, dan ianya di kendalikan oleh pejabat, Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLIMS). 

Program - program yang ditawarkan adalah khusus untuk kemasukan bulan februari dan september, dan perlu juga mengikut takwim akademik yang ditetapkan.

Dalam pada itu, program - program yang ditawarkan setiap tahun, adakalanya kekal atau sama dan adakalanya berubah, ia boleh di lihat dan seterusnya membuat permohonan dengan melayari laman sesawang PLUMS, pada pautan berikut;

👉 Pusat Luar UMS



SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KENDALIAN PUSAT LUAR UMS)

Syarat kelayakan masuk ke Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada peraturan Pengajian Prasiswazah UMS. Pelajar-pelajar yang dipilih ke Universiti ini adalah melalui cara-cara seperti berikut:
Calon-calon hendaklah:
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau;
Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau;
Lulus Diploma / Sijil dalam bidang berkaitan IPTA-IPTA lain atau
Lulus Penilaian APEL daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Mengambil Malaysian University English Test (MUET)Permohonan kemasukan ke Program Pengajian Luar UMS (PLUMS) bagi pengambilan setiap ambilan adalah melalui laman web rasmi PLUMS iaitu http://plums.ums.edu.my


sumber : plums

UMS Pembelajaran Bekerja Sambil Belajar






Senarai program Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus/ Mod Campuran) kendalian PLUMS;
  • Ijazah sarjana pentadbiran perniagaan
  • Ijazah sarjana pengurusan modal manusia
  • Ijazah sarjana ekonomi
  • Ijazah sarjana pendidikan (pengurusan pendidikan)
  • Ijazah sarjana pendidikan (sains)
  • Ijazah sarjana pendidikan (pendidikan jasmani dan kesihatan)
  • Ijazah sarjana pendidikan (kurikulum dan pengajaran)
  • Ijazah sarjana pendidikan (komputer dalam pendidikan)
  • Ijazah sarjana pendidikan (tesl)
  • Ijazah sarjana psikologi (kaunseling)
  • Ijazah sarjana kejuruteraan (minyak dan gas)
  • Ijazah sarjana sains (keselamatan dan kualiti)
  • Ijazah sarjana sains komputer (pembangunan perisian)
  • Ijazah sarjana sains komputer (kecerdaaan pengkomputeran)
  • Ijazah sarjana (kerajaan dan hubungan antarabangsa)
  • Ijazah sarjana sains (molekul biologi)
  • Ijazah sarjana kesihatan awam
  • Doktor kesihatan awam

Program pengajian sepanjang hayat yang dikendalikan PLUMS ini, adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat dan memiliki kelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat tertinggi.




Manfaat mengikuti pembelajaran, bekerja sambil belajar.
  • Dapat meningkatkan pengalaman berlipat ganda dalam masa yang sama, samaada kepada pendidikan dan juga pekerjaan.
  • Dapat menampung atau membiayai perbelanjaan pengajian sendiri dengan adanya masa terluang untuk bekerja sementara seperti pemandu kenderaan e-hiling, separuh masa di restoran (fast food) dan lain - lain lagi.
  • Penjimatan kepada masa, kerana berpeluang mendapat pengalaman akademik dan bekerja serentak.
  • Walaupun usia lewat, masih mempunyai peluang untuk meningkatkan tahap pendidikan.
  • Dalam masa sama, berpeluang memohon pekerjaan yang lebih baik, kerana tidak terikat setiap hari untuk hadir kuliah.


Justeru daripada itu, rebutlah peluang yang ada untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pendidikan formal di peringkat tertinggi, bak kata pepetah "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat". Dalam masa sama, ilmu di dada salurkan / kongsikan lah juga kepada yang lain dan  generasi - generasi mendatang agar mereka menjadi ilmuan dan bijak pandai.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru