Ucapan Tahniah Kepada Datin Sri Heliza Helmi Dan Suami

Ucapan Tahniah Kepada Datin Sri Heliza Helmi Dan Suami

Ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Datin Sri Nur Haliza Helmi dan Dato' Sri Mahadi BZ, yang sama padan, bagai pinang dibelah dua. Semoga perkhawinan kedua mempelai sentiasa di sirami kebahagiaan hingga ke janna.



Ucapan Tahniah Kepada Datin Sri Heliza Helmi Dan Suami  




BIODATA DATIN SRI HELIZA HELMI

Nama Penuh : 

Nur Heliza binti Helmi

Tarikh Lahir : 

03 Februari 1986 (umur 35)

Asal : 

Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Pendidikan : 

Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi & Kimia

Pusat pendidikan :

Universiti Malaysia Sabah, Sabah

Pekerjaan :

Penyanyi, model, pengacara TV, penceramah, pakar motivasi, aktivis kemanusiaan, pelakon

Tahun aktif : 2007–kini

Pasangan : 

Datuk Mahadi Badrul Zaman (Tarikh Perkhawinan 01 Januari 2022)

Saudara (Adik beradik) : Hazwani Helmi (adik)

Kerjaya muzik : Genre, Pop, Keamanan

Instrumen : Vokal


SEJARAH KEHIDUPAN AWAL

Datin Sri Nur Heliza binti Helmi (lahir pada 03 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.


Beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.


Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya. wikepedia

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru