Panorama Taman Awam Pantai Manis Papar

Panorama Taman Awam Pantai Manis Papar

Taman awam pantai manis yang terletak di daerah Papar merupakan salah satu tarikan orang awam, pelancong tempatan dan luar untuk bersiar - siar di taman berkenaan.

Lokasi taman berkenaan terletak di hujung kampuang kuala, laluan ke sana boleh dilalui menggunakan kenderaan darat iaitu pacuan empat roda atau motosikal.


Panorama Taman Awam
Pantai Manis Papar



Kawasan taman yang luas dan bersih, memberi keselesaan untuk aktiviti santai, ridah bersama sanak keluarga atau rakan - rakan. Tatkala ibu bapa duduk - duduk menikmati juadah, anak - anak boleh meluangkan masa dengan bermain di taman permainan yang ada tersedia di taman berkenaan.

Selain daripada itu, kepada pengemar aktiviti selfie, taman awam pantai manis ini sememangnya memiliki panorama yang indah dengan tiupan angin yang nyaman, pantai yang cantik dan juga sekelilingnya dintumbuhi dengan pokok - pokok semulajadi yang menghijau.

Dalam pada itu, terdapat juga kemudahan kemudahan asas yang memberi kepuasan, seperti tempat letak kenderaan yang luas, tempat duduk yang banyak, tandas awam, surau, dan gerai - gerai yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman. 

Di taman awam pantai manis juga terdapat jembatan gantung untuk menyeberangi sungai ke kawasan sebelahnya. Kepada mereka yang gayat, dan takut ada baiknya jangan menaiki jembatan berkenaan. Namun jembatan gantung di taman berkenaan memang kukuh, selamat di lalui, stabil dan selamat untuk di lalui, pasti kenangan dan pengalaman sukar dilupakan.


Panorama Taman Awam
Pantai Manis Papar


Berjalan - jalan di taman awam pantai manis juga mampu mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan keluarga dan sahabat handai. Kawasannya yang luas, boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti sukan nika sekeluarga dan bbq serta lain - lain lagi.


Panorama Taman Awam
 Pantai Manis Papar


Jarak taman awam dari pintu udara Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 35 km dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Perjalanan menuju ke taman berkenaan akan melalui beberapa daerah dan pekan lain, iaitu daerah Putatan, pekan Kinarut dan Lokawi. Sepanjang perjalanan, panorama sekeliling sangat mempersona, selain pemandangan kampung - kampung, pandangan juga turut di saluti dengan panorama sungai dan bandar - bandar.

Taman awam pantai manis yang percuma dan terbuka kepada awam, mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada kesihatan emosi dan fizikal.




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru