Kesan Pembalakan Tidak Terkawal

Kesan Pembalakan Tidak Terkawal

Aktiviti pembalakan yang berleluasa dan tidak terancang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk khususnya kepada ekosistem hijau dan juga kepada yang lainya.

Berikut adalah antara kesan - kesan yang berlaku sekiranya aktiviti pembalakan tidak dilakukan secara terancang, antaranya:

 Kesan Kepada Sesebuah Negara:-

  • Negara akan menghadapi masalah khususnya kekurangan kepada sumber alam iaitu hutan kayu balak dan sesetengahnya akan menghadapi spesis kepupusan.
  • Dalam masa sama, sesebuah Negara akan mengalami defisit dari segi pendapatan hasil eksport ke Negara luar / lain.
  • Negara akan menghadapi kekurangan bahan mentah, khususnya kayu kayan untuk kegiatan pembangunan atay pertukangan negara.
  • Negara akan menghadapi masalah ekonomi (eksport kayu kayan) dan pengangguran yang tinggi di kalangan graduan dan pekerja mahir / tidak mahir
  • Sesebuah negara akan menangung kos rakyat khususnya pembiayaan pendapatan / sara hidup
  • Industri pelancongan negara terjejas, ekoran flora yang berkurangan dan todak menarik ramai pelancong luar dan dalam

Kesan Kepada Alam Sekitar:-

  • Peningkatan suhu secara ekstrim.
  • Ketidak seimbangan aliran oksigen dan karbondioksida.
  • Peningkatan kepada kes pencemaran alam sekitar, iaitu lambakan sampah (ranting/ kayu kayan) akibat pembalakan.
  • peningkatan kejadian banjir kilat, disebabkan struktur tanah yang tidak kukuh.
  • Kejadian hakisan dan tanah runtuh semakin berleluasa, terjadi kerana air bukit tidak lagi diserap oleh pokok - pokok.
  • Kemusnahan habitan flora dan fauna yang berleluasa.
  • Menjejaskan keindahan alam semula jadi, menyebabkan struktur pemandangan tidak lagi menarik.

Kesan Pembalakan
 Tidak Terkawal





Kesan Kepada Manusia dan Kehidupan:-

  • Meningkatnya penularan pelbagai gejala penyakit dalam kalangan masyarakat.
  • Menjejaskan pendapatan penduduk.
  • Menjejaskan kualiti hidup, kepada tidak seimbang dan berpendapatan tinggi
  • Meningkatnya kos sara hidup dan perubatan.
  • Generasi muda tidak berpeluang menikmati keindahan hutan dan alam kerana mengalami kemusnahan.
  • Kehilangan habitan (tempat tinggal) bagi haiwan.
  • Kawasan tempat tinggal yang mudah terancam dengan pelbagai musibah atau bencana.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu