Ucapan Selamat Tahun Baru 2022

Ucapan Selamat Tahun Baru 2022

Detik jam 12.00 tengah malam pada 31 Disember 2021 adalah saat - saat melangkah ke tahun baharu iaitu 2022. Pada waktu itu, kebanyakan orang ramai ada yang melakukan aktiviti kekeluargaan seperti bbq di halaman rumah sambil menikmati detik tahun baharu.

Kebiasaanya dan sebelum ini,  jika melangka ke tahun pasti ada pesta di lakukan di sinari lagi dengan pelbagai mercun bunga api ke udara yang berwarna warni dan menarik mata memandang.

Namun demikian, dan faktor keselamatan untuk mengekang penularan pendemik, aktiviti seumpama berkenaan adalah tidak dibenarkan.



Ucapan Selamat Tahun Baru 2022


Dalam pada itu, apabila melangkah ke tahun baharu, pelbagai iltizam atau angan - angan yang di rancang dengan harapan rezeki tercapai. Ia bukan sahaja di tanam di dalam hati, malahan di paparkan di media - media sosial seperti facebook, instagram, tik tok dan lain - lain sebagai penambah semangat dan kenang - kenangan. Niat yang impikan adalah mencurus kepada kejayaan dan rezeki. 

Melihat pada angka tahun 2022, menunjukkan sangat menarik dengan nombor 2 yang ada tiga bilangan, dan mudah di ingat. 


Justeru daripada itu, ucapan selamat tahun baru 2022 untuk semua, dengan beberapa rangkap pantun berikut:

Pantun 1
Anak melayu anak cina
Anak india duduk sejahtera
Tahun 2022 bakal tiba
Marilah damaikan keluarga bahagia

Pantun 2
Sinar citra sudah tersedia
Gunakanlah dengan bijak bistari
Tahun 2022 yang bakal tiba
Semoga semua dipermudahkan rezeki


Pantun 3
Selamat tinggal tahun dua puluh dua puluh satu
Selamat tiba tahun dua puluh dua puluh dua
Tingkatkanlah Sop serta bersatu padu
Demi kedamaian satu keluarga



Semoga tahun 2022 yang bakal tiba, marilah kita tingkat tingkahlaku kepada peekara - perkara berikut, antaranya;
  • Perbanyakkan amal ibadah dengan menyelami ilmu keagamaan
  • Sentiasa menghormati kedua orang tua, meletakkan mereka di tingkat teratas dalam hati dan fikiran
  • Meluahkan kata - kata yang bersifat positif
  • Memperbanyakkan amalan jariah, seperti sedekah, jika berkemampuan membantu mereka yang memerlukan
  • Kuatkan dan tingkatkan iltizam agar tahun 2022 menjadi insan yang berjaya ke arah kebaikan

Dalam pada masa yang sama, amalkan sentiasa berdoa, kerana doa adalah senjata utama ummat islam.

 ðŸ‘‰  Doa Akhir / Hujung Tahun


👉  Doa Awal Pagi


👉  Doa Harian


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri