Salam Jumaat Penuh Berkat

Salam Jumaat Penuh Berkat

Hari penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan. Di hari jumaat juga di turunkan kitab suci Al-Quran yang syumul sebagai panduan ummat manusia di muka bumi.

Salah jumaat penuh berkat, adalah hari dimana sangat mulia dan mendapat ganjaran pahala dengan melakukan perkara - perkara berikut, antaranya;

  • Membaca kitab suci Al-Quran
  • Datang awal ke Masjid dan iktikaf
  • Memakai baju baru dan wangi - wangian
  • Mencukur rambut dan bulu - bulu pada badan
  • Memotong kuku
  • Bersedekah



Salam Jumaat Penuh Berkat


Tahun 2021, berakhir dengan hari jumaat, iaitu pada tarikh 31 Disember 2021. Malam ni tepat jam 12.00 tengah malam, peralihan kalender baharu ke tahun baharu 2022. 

Oleh itu, betapa indahnya hari Jumaat yang penuh berkat. Cahaya bumi di terangi sinaran mentari matahari dan bulan. Syikur Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.


Zikir di hari jumaat yang penuh berkat.

Zikir dengan mengingati kebesaran Allah SWT, mampu memberi seribu manfaat kebaikan pada rohani dan jasmani. Oleh itu, di hari jumaat yang penuh berkat, marilah kita sama-sama  membuat amalan yang mudah, iaitu melafazkan zikir sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimewewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa. 

Lafazkanlah kalimah dibawah dalam hati, serta luahkan menerusi lidah mulut berkumit - kumit,

يا Ø§Ù„له

 Ya Allah


Bacalah 1,000 kali sehari


Sekiranya setiap hari jumaat membaca 1000 kali.

Dalam kiraan.
Sebulan ada 5 minggu = 5 kali hari jumaat.

1000 X 5 = 5000

Jika setahun : ? (Cuba Bayangkan)

Jika dua tahun : ?

Jika seterusnya beberapa tahun : ?

Tanpa di sangka diduga saham akhirat bertambah dan berlimpah ruah.

SubahanAllah, mudahnya mendapat ganjaran Allah SWT. 


Bacaan zikir Ya Allah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Jumaat, walau di mana sahaja berada, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua urusan pencarian rezeki sentiasa berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah. Aaminn


Firman Allah SWT dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri