Kelebihan Kenderaan Skytrain

Kelebihan Kenderaan Skytrain

Skytrain merupakan pengangkutan awam yang menggunakan cabel elektrik atau secara manual dan ia berjalan di satu landasan yang disediakan khas.

Kenderaan ini, bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang telah ditetapkan. Kedudukannya seperti tergantung di udara dan berjalan mengikut landasan yang di bina.

Contoh Kenderaan Skytrain

Kelebihan Kenderaan Skytrain



Justeru daripada itu, dengan kehidupan serta pembangunan kian ke arah teknologi, kenderaan skytrain ini mempunyai banyak kelebihan, yang mana di antaranya adalah seperti berikut:
  • Mengatasi masalaah kesesakan lalu lintas dengan baik
Kenderaan darat iaitu skytrain ini mampu menyumbang dan seterusnya mengatasi kesesakan lalu lintas di sesebuah bandar atau kawasan. Hal ini kerana, orang ramai akan berkurangan menggunakan kenderaan persendirian dan akan mengikuti kenderaan awam yang serba serbi selesa dan menyeronokkan. Dalam masa sama, jika kenderaan kereta berkurangan di jalan raya, secara tidak langsung masalah kesesakan lalu lintas dapat di atasi.
  • Menjimatkan perbelanjaan isi rumah
Skytrain bukan sahaja memeberi keseronokan dan mempermudahkan pergerakan isi rumah, ia juga secara tidak langsung menyumbang kepada penjimatan kos isi rumah. Hal ini kerana, isi rumah tidak lagi membelanjakan keperluan petrol kenderaan dan pembayaran parking serta penyelengaraan kenderaan.
  • Penjimatan masa dan tenaga kepada semua pengguna
Skytrain juga menyumbang kepada penjimatan masa perjalanan atau pergerakan samaada pergi kerja atau pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Dalam masa sama, ia juga memberi penjimatan tenaga kerana tidak perlu lagi memandu kenderaan.
  • Peluang pekerjaan
Keberadaan skytrain juga penyumbang kepada wujudnya peluang - peluang pekerjaan kepada semua pihak yang berminat dan berkelayakan. Secara tidak pangsung, ia memberi kepakaran serta pengalaman kepada pekerja untuk lebih mampan terhadap pengurusan serta pengendalian kenderaan berstatus teknologi tunggi.
  • Pertumbuhan ekonomi yang baik kepada sesebuah kawasan
Faktor ekonomi akan bertambah baik, ibarat bagai cendawan tumbuh mekar setiap hari. Hal ini kerana, dengan adanya skytrain ia mampu menyumbang suntikan pelancongan kepada sesebuah kawasan berkenaan. Dalam masa sama ia juga menjadi sumber pendapatan langsung kepada kawasan yang memiliki kenderaan sedemikian.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru