Tempat Menarik Di Tawau

Tempat Menarik Di Tawau

Tawau merupakan salah satu daerah yang terletak di dalam Negeri Sabah dan mempunyai populasi masyarakatnya yang ramai.

Masyarakat di daerah ini kebanyakannya di huni oleh suku kaum bajau, suluk, banjar, bugis, cina dan lain - lain. Mereka hidup aman dan damai dalam satu keluarga yang harmoni dengan saling hormat menghormati, toleransi antara satu sama yang lain.

Lazimnya terdapat banyak tempat menarik yabg boleh di lawati jika berkunjung dan bercuti di daerah Tawau, antaranya adalah seperti dikongsikan berikut :
  • Table / air terjun
Table merupakan salah satu tempat rekreasi yang terletak d daerah Tawau yang mana jauhnya hanyalah lebih kurang 20km dengan perjalanan 45 minit dari pusat bandar Tawau. 
Kawasannya yang menarik dengan adanya sungai serta air terjun dan juga deruan kehijauan flora serta fauna semulajadi pasti memukau naluri dan memberi ketenangan yang nyaman.
  • Pantai batu payung
Batu payung merupakan salah satu tepi pantai yang mana kawasannya sangat menarik. Pantainya yang indah berhadapan dengan sungai pancang dan haji kuning, (Indonesia) dengan deruan angin yang nyaman. Lokasinya terletak d pinggiran daerah Tawau, pastinya memberi ketenangan emosi dan mental.

Tempat Menarik Di Tawau

  • Balung river
Balung river resort yang terletak hanyalah 40 minit dari bandar daerah Tawau, ia adalah sebuah resort yang menyajikan panorama alam indah walau di mana sahaja pandangan mata dihalakan. Sebagai penginap di resort ini juga anda dapat merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seperti memancing, melawat kawasan ladang, bermain indoor games, memerhati burung, campfire, bermandi-manda dan banyak lagi. Dalam pada itu juga, kawasannya yang selamat pastinya mwmberi kepuasan maksimum pada para pengunjung.
  • Bandar Tawau
Bandar Tawau juga sangat menarik untuk dikunjungi, kawasannya yang beraih dan indah pasti memberi kepuasan untuk mansau - mansau di sekitar bandarnya. Terdapat lokasi yang harus d lawati seperti pasar besar tawau, pasar gantung, espaland Tawau, Masjid besar Tawau dan lain - lain lagi. Dalam masa sama, makanan dan minuman juga sangat menyelerakan serta harganya yang murah dan berpatutan. 

Lanjutan daripada itu, melawat d daeeah Tawau mastinya memberi kepuasan yang maksimum. Berkunjung ke daerah Tawau boleh d kunjungi dengan menggunakan jalan darat / jalan raya dari Kota Kinabalu atau menggunakan khidmat penerbangan kapal terbang seperti, Mas, Malindo atau Air Asia. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti dan seterusnya Bersiar - siar di Tawau bumi peladang.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru