Salam Hari Jumaat Penuh Keberkatan

Salam Hari Jumaat Penuh Keberkatan

Indahnya saujana ciptaan Ilahi dengan panorama nyaman dan memberi ketenangan kalpu serta akal fikiran. Syukur alhamdulillah semoga dengan hidayatnya semua makluk di muka bumi sentiasa sihat walafiat dan dalam lindungannya.

Pemandangan nyaman dengan tiupan angin sepoi - sepoi memberi sepenuh ilham yang mampu merungkai kekuasaan Ilahi terhadap sekalian makluk di alam bumi ini. 


Salam Hari Jumaat Penuh Keberkatan


Salam hari jumaat penuh keberkatan, semoga semua masyarakat atau makluk di bumi dipermudahkan kehidupan dengan keceriaan yang penuh gemilang. Dalam masa sama, tingkatlah juga amal ibadah dengan mengerjakan perkara - perkara yang di suruh dan menghindari perkara - perkara yang dilarang. 

Perkara - perkara atau berbuatan mulia yang mendapat ganjaran pahala apabila dilakukan pada hari Jumaat, antaranya;
  • Memakai pakaian yang cantik
  • Bercukur
  • Mandi membersihkan diri
  • Membaca kitab suci Al- Quran

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri