Cara Meningkatkan Pendapatan

Cara Meningkatkan Pendapatan

Tingkat pendapatan setiap individu adalah berbeza - beza mengikut kadar upah yang diberikan majikan dan juga berdasarkan kepada perniagaan yang dilakukannya, samaada berniaga harian atau makan gaji secara bulanan.

Oleh yang demikian sekiranya tingkat pendapatan adalah kurang, tindakan bijaksana yang harus dilakukan adalah dengan mencari langkah atau ikhtiar untuk menambah tingkat pendapatan agar mencukupi atau mampu menampung keperluan seharian.

Dalam meningkatkan tingkat pendapatan, langkah pertama yang perlu diketahui adalah aktif income, iaitu pendapatan utama adakah ia mencukupi dengan mampu menampung keperluan atau berlimpah ruah. Seterusnya perlu mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi menangani, situasi sedemikian.

gambar sekadar hiasan, bagaimana meningkatkan pendapatan secara effektif dan berkesan.
 pengurusan wang secara sistematik mampu mengatasi segala kekurangan
dalam keperluan perbelanjaan seharian. perancangan yang baik dan teratur dan seimbang akan mendorong kepada keselesaan kehidupan


Justeru daripada itu, cara meningkatkan pendapatan ada pelbagai cara yang mana mengiut kebolehan serta minat seseorang. Dalam pada itu ia juga boleh di praktikan dengan mudah dan secara perlahan - lahan. Berikut adalah antara beberapa cara meningkatkan pendapatan, antaranya;

  • Membuat perniagaan sampingan
Membuat perniagaan sampingan seperti menjadi seorang rider, food panda, atau pemandu e-hiling. Perniagaan sampingan ini tidak menganggu kerja hakiki 
  • Membuat pelaburan
Membuat pelaburan di mana - mana unit trust seperti Amanah Saham Nasional (ASB), Public Mutual dan lain - lain lagi. Dividen yang diperolehi boleh di gunakan setiap bulan dan mampu menambah sebanyak sedikit kepada pendapatan aktif
  • Bercucuk tanam
Bercucuk tanam di halaman rumah dengan menanam sayur - sayuran juga menyumbang kepada peningkatan pendapatan. Perkara ini terjadi kerana, pendapatan aktif kurang dibelanjakan kepada barang - barang keperluan asas dan secara tidak langsung perbelanjaan mengurang namun pendapatan aktif bertambah

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu