TERKINI 27 DISEMBER 2020 COVID-19

TERKINI 27 DISEMBER 2020 COVID-19

Covid-19, seperti yang kita sedia maklum, merupakan penyakit berjangkit dan membahayakan kesihatan. Saranan pihak berkuasa, kita jaga kita dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa membasuh tangan. Kehidupan dalam norma baharu, bukan sahaja demi kesihatan, malahan ramai individu yang terdidik dan peka dengan kesihatan dan keselaman diri serta orang lain. Dalam pada itu juga, premis - premis perniagaan juga menyediakan dan menjaga tahap keselamatan dengan menyediakan mesin pengimbas suhu atau imbasan mysejahtera dan juga sanitizer kepada orang awam yang melawati premis mereka. 


sumber : kementerian kesihatan malaysia

Lantaran daripada itu, isu pendemik covid-19 masih berada di sekeliling kita. Berdasarkan kepada gambarajah diatas iaitu laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 27 Disember 2020 menunjukkan bahawa rata - rata semua Negeri mengalami pertambahan, kecuali Negeri Perlis yang merekodkan angga sifar. Negeri Selangor menduduki tangga pertama dalam kes tertinggi sejumlah 392, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 202 kes. Negeri Johor 194, manakalah Negeri Sabah sejumlah 186 kes. Lain - lain Negeri merekodkan pertambahan kurang daripada 100 kes. 

Jumlah kes baharu terkumpul yang dicatatkan hari ini sejumlah 1196 kes, dengan jumlah keseluruhan kes direkodkan sebanyak 105,096 kes. 

Sehubungan daripada itu, marilah kita saling berganding bahu bersama - sama membendung pendemik Covid-19 ini agar berakhir selamanya. Amalkan dan patuhi perintah serta peraturan - peraturan yang di kuatkuasakan oleh pihak berkuasa dengan baik. Semoga kita berjaya dalam menangani musibah yang belanda ini dengan jayanya.

Diharap maklumat yang dikongsikan ini memberi sedikit sebanyak input pengetahuan kepada para pembaca, dan sekiranya maklumat ini bermanfaat kepada para pembaca sila kongsikan kepada rakan - rakan atau sahabat yang lain agar mereka juga mendapat manfaat bersama dan seterusnya bersama - sama kita membendung pendemik ini, ibaratnya kitalah frontliner yang bijak dan memutuskan rangkaian penyebaran penyakit berjangkit ini. Semoga kita berada dalam lindungannya dan seterusnya dapat melakukan kegiatan harian dengan gembira.




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru