Senyuman merupakan tindakan refleks semulajadi yang dimiliki oleh setiap manusia di muka bumi ini. Senyuman juga merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah perniagaan, dan ianya banyak digunakan pada masa kini dan terbukti memberi kesan yang positif. Cuba kita lihat, gedung - gedung pasaraya, restoran - restoran dan juga yang lainya, di mana kebanyakkan kakitangannya melontarkan senyuman kepada pelangganya apabila pelanggan sedang memasuki atau menggunakan khidmat mereka.
Selain dari itu juga, nilai senyuman tidak dapat di ukur dengan peta pengukur atau pembaris, ianya hanya lahir dari keikhlasan seseorang, samada memberi senyuman atau sebaliknya.
Tahukah anda dengan senyuman, ia mempunyai nilai dan impak yang besar dalam kehidupan seharian, kesan positifnya merangkumi;
- PENAWAR LUKA LARA
- PENGIKAT SILATURRAHIM
- KUNCI KEJAYAAN
- AWET MUDA
Senyum mampu mengubah mood
kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial
feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara
sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan
pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari
ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan
teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan
dengan senyuman.
2 Comments
Mantap bro
ReplyDeleteTerima kasih, berkongsi ilmu
Delete